fbpx

Siti Nordiana Dedah Pernah Dilamar Suami Orang

Pernah beberapa kali dilanda kontroversi bercinta, Siti Nordiana sehingga kini masih berstatus bujang. Pun begitu, Nana berkongsi, beliau pernah dilamar oleh seseorang namun terpaksa menolaknya kerana suami orang.

BACA: Siti Nordiana Nyanyi Di Fun Fair Malam Raya?

“Pernahlah juga ada orang ajak kahwin tapi saya terpaksa tolak sebab dia itu suami orang. Lagipun, saya memahami perasaan wanita. Saya memang akan cuba mengelak daripada lelaki yang berstatus suami ni”

Sesetengah orang terbuka untuk berkongsi suami tetapi tidak Nana, beliau memahami perasaan wanita yang dimadukan. Jelas Nana, andai lelaki yang mendekatinya berstatus suami orang, beliau tidak akan melayan melebih-lebih.

“Paling utama, jangan melayan kalau mereka nampak berlebih-lebih. Kalau boleh saya tak nak cakap sangat tentang perkara ini. Sebab takut salah cakap, orang yang mengalami situasi itu terasa pula,” katanya.

Dalam laporan terdahulu, Nana ada bercerita hasratnya yang ingin bersuami lagi. Manakala, seorang lelaki berjiwa pemimpin dan menyanyangi anaknya merupakan pilihan calon bakal suaminya nanti. (rtky/w)