fbpx

Siti Nordiana Nyanyi Di Fun Fair Malam Raya?

Penyanyi Siti Nordiana atau mesra dipanggil Nana memberitahu, sebelum ini dia pernah mengadakan persembahan di fun fair pada malam raya bagi menampung perbelanjaan dan persediaan Aidilfitri selepas bergelar ibu tunggal walaupun menerima bayaran yang rendah.

“Ketika itu buat pertama kalinya saya sebagai ibu tunggal dan juga pertama kalinya beraya bersama Rayyan. Masa itu sudah rancang untuk mencari pekerjaan lebih, jadi saya terpaksalah ambil show fun fair pada malam raya”

“Tapi tak apa untuk anak saya. Bayarannya biasa-biasa sahaja, tapi untuk mencari rezeki anak-anak kita redha,” katanya kepada Rotikaya.

Namun jangan sangka selepas bergelar juara Gegarvaganza musim ke-2 Siti Nordiana tidak akan menayanyi di fun fair lagi. Kata Nana dia tidak menolak sekiranya dipanggil untuk membuat persembahan asalkan lokasi dan masa sesuai dengan jadual kerjanya.

“Masih juga ambil persembahan ini, lagi-lagi yang sudah biasa panggil saya buat persembahan. Kalau ada persembahan yang pelajar-pelajar panggil saya pergi sahaja, tak ada demand pun. Cuma ikut masa, dan tempat,” jelasnya jujur. (rtky/s)