fbpx

Siti Nordiana Dedah Pernah Bercinta Dengan Arwah Achik Spin

Tidak pernah berkongsikan sebelum ini, penyanyi Siti Nordiana mendedahkan pernah menjalin cinta dengan penyanyi Allahyarham Acik Spin ketika di zaman remaja mereka.

Mantap! Kali Ini Siri HONOR 200: Flagship Estetik AI Lengkap Dengan Versi Pro Spesifikasi Flagship Lagi

Baru-baru ini Siri HONOR 200 telah dilancarkan secara rasmi, dan ini adalah kali pertama HONOR memperkenalkan versi Pro dalam siri N ke Malaysia. Jangan tak tahu, Siri HONOR 200 hadir dengan sistem tri-kamera 50MP standard, mod...

Baca Lagi

Mendedahkan perkara itu ketika dijemput menjadi tetamu sebuah program, Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana berkata dia tahu arwah Achik sememangnya ada hati padanya.

BACA: Imej Tercalar Gara-Gara Live Lima Sekawan, Siti Nordiana Hilang Kontrak

“Ini cerita lama la, cerita zaman monyet dululah…umur 15, 16 juga la masa remaja budak-budak. Masa tu Nana digosipkan dengan arwah Achik. 

“Pergi mana-mana kan, bila digosipkan mesti kita rasa malu-malu dengan dia. Kira macam dia memang ada hati kat Nana la. Memang Nana tahu sebab selama ini kan dia pergi show, dia suka dan minat dengan Nana punya suara apa semua itu kita tahu la dia peminat kita

“Jadi Okay la Nana pun balas la cinta dia. Balas cinta dia tapi sekejap je. Tak ingat berapa tahun, dari umur Nana 16, 17 begitulah,” katanya.

Dalam pada itu, Nana turut berkongsikan arwah sentiasa memberikan sokongan ketika dia bercerai dengan pelakon Allahyarham Faizal Yusop. Malah, Nana berkata sekiranya arwah masih lagi hidup pasti akan turut menyertai Gegar Vaganza.

“Masa Nana dalam perceraian dulu, dia pun banyak bagi semangat kat Nana juga. Dia seorang kawan yang sangat baik la. Dia beri semangat, dia ceriakan Nana sebab dia orangnya kelakar,” katanya.