fbpx

Siti Nordiana Akui ‘Lagu Leman’ Jiwa Dirinya

Penyanyi Siti Nordiana mengakui ‘lagu leman’ adalah jiwanya serta ramai dikalangan peminatnya daripada daerah luar bandar.

Memetik Media Hiburan, Siti Nordiana memberikan respon berkenaan komen juri tetap All Stars Gegar Vaganza iaitu Datuk Ramli MS menyifatkan kebanyakan peminatnya terdiri daripada ‘peminat daerah’.

BACA: Siti Nordiana Dedah Pernah Bercinta Dengan Arwah Achik Spin

“Jiwa saya ‘leman’ dan peminat saya memang ramai daripada daerah luar bandar. Malah saya sudah pun cuba sampaikan lagu yang di luar kebiasaan, namun peminat lebih gemarkan lagu sedemikian (leman),” katanya.

Menurut Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana berkata peminatnya memang gemar dia menyanyikan lagu leman serta mendayu sejak dulu lagi.

Malah, Nana berkata baginya mudah untuk membawakan lagu mendayu berbanding dengan genre lain yang memerlukan banyak usaha.

“Saya akui yang saya memang suka nyanyi lagu sebegini sebab ia kena dengan jiwa saya. Mudah bagi saya nak bawa lagu mendayu. Kalau genre lain, kena buat banyak usaha sikit, nak masuk dengan groove dan sebagainya,” katanya.