Siti Elizad Kongsikan Gambar Pernikahan
Berita tentang pernikahan pelakon yang semakin popular semenjak membintangi drama Teman Lelaki Upahan ini mendapat perhatian ramai selepas beliau mengakui bukan sengaja mahu merahsiakan rumahtangga yang dibina sejak Januari lalu.
Menerusi akaun Instagram beliau pada hari ini, Siti Elizad berbesar hati untuk kongsikan beberapa keping gambar sekitar majlis pernikahan beliau bersama lelaki pilihan bernama Shamsul Baharin.
BACA: Siti Elizad Akui Sudah Nikah Pada Januari Lalu
Siti Elizad dan Shamsul Baharin Rahman telah selamat diijabkabulkan pada bulan 11 Januari yang lalu yang disempurnakan bapa pengantin perempuan sendiri, Mohd Sharifuddin Baharuddin di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Pada majlis itu, pihak lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM777, tujuh dulang hantaran dan berbalas sembilan dari pihak perempuan. Manakala, wang hantaran pula dirahsiakan.
Buat anda para peminat Siti Elizad, berikut merupakan beberapa keping gambar sekitar majlis pernikahan itu untuk tatapan anda. Kacak juga ya suami Siti Elizad, bertuahlah badan dan semoga berbahagia hendaknya pasangan ini ke akhirnya. (rtky/m)
Barakallah buat Ejad n Hubby…Semoga sentiasa bahagia n rumahtgga kekal hingga ke Syurga…Amin.
GST haram kerana ada unsur penindasan. Cukai yg dulu dikenakan hanya pada sesetengah benda. GST dikenakan keatas hampir semua benda2 harian/asas kepada semua golongan tak kira miskin/kaya. Kalau menindas itu jatuh haram. Gomen cakap menyenangkan rakyat, digunakan utk kebaikan rakyat. Apa yg senang nya apabila gomen guna utk bayar hutang2 negara yg berpunca drp tidak kecekapan golongan tertentu bukan salah rakyat kan? Bukan beratus malah berbilion.
Memang la gomen tax di restoren2 dihapuskan tapi tanpa disedari pengeluar2 dan peruncit2 terdahulu menaikkan harga barangan dan peniaga dah pun naik tocang naikkan harga menu. Dimanakah keadilannya? Kenapa orang2 melayu hanya menutup sebelah mata walaupun terang di luar bandar/desa banyak penduduk yg miskin? 10-20 ringgit memang nampak kecil bagi yang kaya. Bagi yang kais pagi makan pagi, ini dah cukup besar. Kenapa kita hanya lihat, tengok dan terima saja? Kepada puak2 yg sokong Pak Jib. Please la…kalaupun sokong GST, tapi jgnlah sampai kita sokong penindasan. Najib x pernah hidup susah. Sila berundur. Aku makin fed up…
Sokong kau 238.9%
Cantik, semoga bahagia selalu.
Macam perkahwinan yg dirancang keluarga. Elizad nampak tenang dan kurang reaksi. Apakah?
sebelum TLU ditayangkan lg aku dah nmpk diorang 2 ni jln berkepit kat paradigm mall. dgn 2org bdk kecik..xtau bdk tu sape..jeng3….
dia kan kahwin duda 2 orang anak, kenalan abang dia.. selamat berbahagia .
she is beautiful..congrats..
Suka nya tgokk ualls .. Muah muah muah byk2 bkn cikedd … Kakakkah
kurang ajar nye percakapan…dah takde sifat malu dalam penulisan. astagfirullahalazim…
Watak EL & Kyra. Kalau bersatu diluarkan bagus. Maaf ya.
Apapun tahniah. Semuga berkekalan. Amin
Semoga bahagia…untuk suami siti Elizad, sila jaga Siti baik2. Kami sayang dia dia….