fbpx

Siti Elizad Akui Sudah Nikah Pada Januari Lalu

Dalam kenyataan kepada media sekitar Februari lalu, Siti Elizad memberitahu akan perancangan beliau untuk menamatkan zaman bujang dengan lelaki pilihan hatinya bernama Shamsul Baharin sekitar tahun ini namun laporan Harian Metro hari ini agak mengejutkan.

Siti Elizad yang semakin dikenali selepas membintangi drama Teman Lelaki Upahan mengakui yang beliau sudah bernikah pada 11 Januari lalu atas permintaan bapanya.

BACA: Siti Elizad Rancang Mahu Tamatkan Zaman Bujang Tahun Ini

“Saya mengaku sudah bernikah dengan Shamsul pada tarikh itu tetapi majlis kami berlangsung secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan rapat saja. Saya terpaksa diamkan diri selama hampir tiga bulan sebab bapa minta jangan dikecohkan kerana dia kurang sihat,” ujarnya.

CB5eu8CUEAA3OaQ

Beliau turut menambah yang mereka memang berniat untuk mendedahkan tarikh sebenar bernikah pada satu majlis resepsi yang akan diadakan pada 11 April nanti namun tidak menyangka perkara ini telah bocor ke pengetahuan ramai terlebih awal.

“Jadi saya terpaksa dengan berat hatinya mengakui saya sudah bernikah. Saya minta maaf sekali lagi kerana merahsiakan hal ini daripada semua,” tambahnya lagi. (rtky/m)