fbpx

Kalau anda masih ingat, ketika awal musim Formula 1 musim 2010/11, Tony Fernandes & Richard Branson mempertaruhkan kejantanan mereka dalam sukan bermotor paling berprestij itu.

Taruhan’nya, pasukan siapa kalah kepada salah satu dari mereka, si kalah bakal bertugas sebagai pramugari untuk satu jadual penerbangan.

Ternyata, di’atas kertas Lotus F1 Racing & Virgin Racing tiada beza kerana ketiadaan mata bermakna namun Virgin Racing berada di’kedudukan ke-12 berbanding Lotus F1, ke-11.

Kenyataan tidak rasmi Tony Fernandes melalui Twitter menyatakan yang uniform pramugari AirAsia telah di’serahkan kepada Richard Branson.

Dan, kemungkinan besar jadual penerbangan yang bakal menjadi sejarah ini adalah penerbangan dari Kuala Lumpur ke London. Tarikh masih belum d’tentukan.