Isteri kepada penyanyi Awie Rozana Misbun semalam telah membuat laporan polis berhubung isu dakwaan sijil nikah beliau dengan Awie sejak sembilan tahun lalu dipercayai palsu. Rozana hadir ke Balai Polis Butterworth bersama peguam syarie, Nor Azmi Mohd Arif.

Mereka berdua sebelum itu telah pergi untuk mendapatkan khidmat nasihat di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) sebelum diminta membuat laporan polis untuk tindakan.


BACA: Kes Dakwaan Awie Cederakan Isteri Mula Dibicara 13 Januari 2015

Peguam Rozana mendakwa mereka telah menerima surat dari Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undan Undang Keluarga Islam JHEAIPP pada 4 Julai lalu mengesahkan surat perakuan nikah pasangan itu tidak pernah didaftarkan.

“Ini berkait dengan kes yang difailkan & dokumen itu telah digunakan di mahkamah. Dokumen itu tidak betul dan diragui. Kami sudah refer dan pihak polis hendak tentukan dokumen yang kita ragui supaya boleh diambil tindakan terhadap orang yang keluarkan dokumen itu,” ujarnya. (rtky/m)