fbpx

Bicara Kes Awie Cedera Isteri Mulai 13 Januari 2015

Mahkamah Majistret Ampang semalam menetapkan 13 dan 14 Januari tahun hadapan perbicaraan kes penyanyi dan pelakon popular, Awie yang didakwa mencederakan isterinya di rumah mereka di Taman Ukay Bistari, Hulu Klang, Jun lalu.

“Sudahlah Bersara Tanpa Simpanan, Kerja Fast Food Pun Kena Buang Kerana Boikot”

"Minta maaf Pak Tam, outlet kita kena tutup hujung bulan ni sebab sales makin kurang," itulah kata kata yang meremukkan hati Rustam Ramli, 61 tahun atau lebih senang dipanggil Pak Tam dikalangan rakan sekerjanya yang...

Baca Lagi

BACA: Pendakwa Raya Mohon Diberi Lebih Masa Kemuka Bukti Kes Awie Pukul Isteri

Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Goh Ai Rene memaklumkan bahawa laporan forensik telah diserahkan kepada pihak pembelaan melalui peguam Hazman Harun, yang mewakili Awie.

Ketika pertama kali dihadapkan ke mahkamah pada 4 Julai lalu, Awie atau nama sebenar Ahmad Azhar Othman mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas Rozana Misbun pada pukul 1.30 petang 2 Jun lalu.

Awie didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan. (rtky/m)