fbpx

Pelakon Fasha Sandha berkata dek kerana sibuk dengan penggambaran, dia dan suaminya, Aidil Aziz terpaksa berjumpa di tepi jalan sebelum ke lokasi masing-masing.

Memetik Harian Metro, Fasha berkata ketika dia terbabit dengan penggambaran Malang Si Puteri, suaminya pula sibuk dengan penggambaran filem Harimau Malaya.

BACA: Fasha Sandha Sebak Kenang Kisah Duduk Rumah Anak Yatim

“Bila saya baru nak pergi kerja, dia baru nak balik kerja. Jadi, kami berjumpa di tepi jalan. Peluk cium di tepi jalan sebab jadual kerja kami yang ‘lari’ selama lebih kurang 10 hari.

“Tapi, apa pun, benda itu merapatkan lagi hubungan kami suami isteri sebab tak pernah sampai lebih seminggu dalam situasi begitu. Saya tak pernah sangka kami akan sesibuk itu, berjumpa di tepi jalan, salam sebelum pergi kerja dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, Fasha berkata meskipun sibuk dengan jadul kerja mereka suami isteri yang perlu mencari cara untuk bertemu dan tidak pernah timbul penyesalan buat mereka.

“Kami okay saja dan tak pernah menyesal pun. Maksudnya, kami suami isteri kena cari cara terbaik untuk bertemu. Macam orang bercinta.

“Walaupun sekejap, ada juga masa untuk kami. Kadang-kadang kalau dia habis awal, dia datang ke set saya sekejap dan balik. Kesibukan ini mengeratkan lagi hubungan suami isteri. Ia tak menjarakkan kita sebab kami faham kerja masing-masing,” katanya.

Dalam pada itu, Fasha berkata dia tidak pernah melupakan hak anak-anaknya untuk bertemu dengan bekas suaminya, Jejai. Malah, baru-baru ini sempat berbuka puasa di rumah keluarga bekas suami.

“Baru-baru ini, saya berbuka puasa di rumah keluarga bekas suami. Puan Sri dan Tan Sri masih lagi mentua saya. Ia hubungan yang takkan putus sampai bila-bila. Saya beruntung memiliki mentua yang menyayangi anak-anak saya. Nora pun ada sekali. Saya rasa ini keluarga besar,” katanya.

SUMBER: Harian Metro