fbpx

Fasha Sandha Sebak Kenang Kisah Duduk Rumah Anak Yatim

Pernah tinggal di rumah kebajikan hampir dua tahun ketika ibunya bergelar ibu tunggal, pelakon Fasha Sandha berkata dia memahami situasi dilalui anak yatim.

Memetik Kosmo, Fasha berkata dia tinggal di rumah anak yatim berkenaan pada usia lima tahun selepas ibunya, Hatijah Teh Man menjadi penjaga di situ.

BACA: “Tak Ingat Bila Kali Terakhir Kami Gaduh” – Fasha Sandha

“Kehidupan anak yatim memang cukup dekat dengan saya kerana bukan saja tak merasa kasih sayang ayah sejak usia dua tahun, saya juga pernah membesar sebumbung dengan kawan-kawan senasib.

“Waktu itu mama bekerja di sebuah rumah anak yatim di Perlis, jadi saya bersama adik-beradik lain tinggal di sana memandangkan mama juga sudah menjanda ketika itu. Hampir dua tahun kami tinggal di situ,” katanya.

Sementara itu, Fasha tidak dapat menahan sebak berkongsikan kisahnya ketika waktu kecial apatah lagi tiada figura seorang bapa dan ibunya membesarkan mereka adik beradik sendirian selama lapan tahun.

Tambahnya lagi, ketika itu status janda dipandang serong oleh orang ramai berbeza dengan zaman sekarang serta menyifatkan ibunya seorang wanit ayang hebat.

“Mama buat banyak kerja demi sesuap nasi, tapi setiap hari dia tak lupa sediakan sarapan sebelum menghantar kami bertiga ke sekolah dengan berbasikal sejauh tiga kilometer.

“Walaupun serba kekurangan, tetapi mama sentiasa pastikan perut kami tak kosong, sekurang-kurangnya bawa bekal donut, itu yang buatkan kami sangat kagumi semangat mama.

“Apatah lagi zaman dulu janda dipandang serong, tak macam sekarang yang hormatkan ibu tunggal. Tapi mama kami tak hirau semua itu. Dia memang wanita hebat,” katanya.

SUMBER: Kosmo