fbpx

“Sibuk Bagi Tips Hamil, Sampai Lupa Tips Tak Cepat Gugur”

Usia kandungan mencecah hampir enam minggu, Isnin lalu Fasha Sandha memaklumkan berita sedih bahawa dia mengalami keguguran. Menurut Fasha lagi, dia mengakui terlalu aktif di hari raya sehingga terlupa dirinya sedang hamil.

Bagaimanapun, ada komen yang tak sedap didengar ditinggalkan oleh seorang netizen menerusi Instagram mStar Online yang mengkritik tindakan Fasha berkongsikan tip cepat hamil sehingga terlupa tip supaya tidak mudah gugur.

BACA: Hamil Enam Minggu, Fasha Sandha Keguguran

“Tulah sibuk nak bagi tip cepat hamil sampai lupa tip untuk diri sendiri supaya tak cepat gugur. Kalau tu pun tak serik lagi tak tahulah,” tulis netizen tersebut.

Tidak hanya berdiam diri, komen biadap netizen tersebut dibalas dengan tenang oleh Fasha Sandha. Menurut Fasha, perkongsiannya mengenai tip hamil hanya sekadar untuk berkongsi ilmu dengan peminat dan tidak serik untuk terus berusaha hamil.

“Saya bagi tips kerana orang bertanya. Saya tidak serik untuk terus berusaha untuk hamil, semua ini kerja Allah. Terima kasih di atas panggilan apa pun untuk saya. Semoga awak sihat selalu,” katanya.

Terdahulu, baru sahaja dua bulan mendirikan rumah tangga dengan Aidil Aziz, Fasha Sandha mengumumkan bahawa dia hamil tiga minggu. Selepas mengumumkan perkhabaran gembira itu, Fasha memberitahu ramai yang bertanyakan padanya tip untuk mendapatkan zuriat.