fbpx

Hamil Enam Minggu, Fasha Sandha Keguguran

Baru saja bulan lalu Fasha Sandha mengumumkan berita gembira bahawa dia disahkan berbadan dua, namun hari ini peminat dikejutkan dengan berita sedih apabila Fasha mengalami keguguran ketika kandungannya mencecah hampir enam minggu.

Berita itu dikongsikan oleh Fasha di laman Instagramnya. Menerusi entri tersebut, Fasha turut memohon maaf kepada suami, Aidil Aziz dah anak-anaknya di atas perkhabaran tersebut.

BACA: Kejutan Buat Aidil, Fasha Sandha Sahkan Hamil Tiga Minggu

Menurut Fasha lagi, dia mengakui terlalu aktif di hari raya ini dan tidak mengikut nasihat doktor untuk banyakkan berehat sehingga terlupa dirinya sedang hamil.

Dalam pada itu, Fasha berharap agar semua peminat mendoakan agar dia dan suami kuat menempuhi dugaan ini dan akan terus berdoa serta berusaha untuk dikurniakan lagi cahaya mata.

“Terima kasih Allah kerana telah menumpangkan ‘Anak Syurga’ ini dalam rahimku, walaupun hanya untuk seketika,” tulisnya.

Fasha dan Aidil mendirikan rumahtangga pada 30 Mac lalu. Sebelum ini Fasha pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 namun bercerai pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata Putra Rayfal, 6 dan Putri Raysha, 5. Semoga Fasha dan Aidil tabah dengan ujian yang menimpa ini.