fbpx

“Siapa Yang Tidak Terkesan Lihat Rakan-Rakan Dikecam”

Masih hangat diperkatan mengenai isu bantuan untuk golongan artis, Fizo Omar menjelaskan apa yang diperjuangkan olehnya dan rakan artis lain bukanlah untuk mereka sendiri tetapi untuk membela nasib penggiat seni yang hilang mata pencarian termasuklah yang bekerja di belakang tabir.

BACA: Fizo Omar Pula Kena ‘Bantai’ Dengan Zarina Anjoulie

“Saya harap, masyarakat faham apa yang rakan-rakan saya maksudkan dan cuba perjuangkan.
Pekerja seni termasuk mereka yang bekerja di belakang tabir, yang mana pendapatan mereka bergantung kepada penggambaran atau sesuatu acara sahaja.

“Selain itu, ramai juga artis-artis veteran yang tak ada pendapatan dan inilah masanya untuk kita bersuara dan membantu mereka,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Fizo, dia bukan sengaja ingin masuk campur isu yang berbangkit, tetapi dia juga turut terkesan apabila rakan-rakan artis yang juga sahabatnya dikecam teruk oleh netizen.

“Siapa yang tak terkesan sekiranya rakan-rakan kita dikecam sedangkan, kenyataan mereka diputarbelit oleh pihak tertentu sehingga membawa maksud berbeza.

“Ini jugalah yang membuatkan saya khuatir untuk keluarkan sebarang kenyataan kerana akan ada pihak yang memutarbelit kenyataan terutamanya blog-blog yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Semalam, Black Hanifah, Shuib Sepahtu, Tomok dan Achey membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia susulan tindakan mereka itu dan enggan memanjangkan lagi isu tersebut.