fbpx

Fizz Fairuz Sahkan Almy Nadia Hamil Anak Keempat

Tahniah diucapkan kepada pelakon Datuk Fizz Fairuz yang berkongsikan berita gembira dimana dia dan isterinya, Datin Almy Nadia bakal menimang cahaya mata keempat tahun hadapan.

Perkara itu dikongsikannya menerusi akaun Instagram dimana dia meluahkan rasa gembira apabila Almy Nadia disahkan hamil sembilan minggu. Fizz turut berkongsikan imej imbasan kandungan isterinya.

BACA: Almy Nadia Dedah Suami Sudah Tiga Bulan Tak Ada Job

Menurut Fizz ia merumapakan hadiah terindah sempena tahun baru ini. Malah, Fizz turut meminta peminat mendoakan yang baik-baik untuk kandungan isterinya dan juga keluarganya.

Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada April 2014, hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga cahaya Nur Afrina Arianna, 4, Nur Afrina Aurora, 3, dan Nur Afrina Ayra, 1 dan mempunyai seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisya yang kini berusia 10 tahun.

Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada pasangan ini. Semoga kehamilan anak keempat ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.