fbpx

Sejak pagi tadi hangat diperkatakan mengenai apabila tular apabila seorang wanita mendakwa rumah tangganya musnah akibat orang ketiga.

Lebih mengejutkan apabila individu didakwa menjadi orang ketiga itu anak gadis Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania Hakim.

BACA: “Ex Dulu Bernasib Baik Sebab Saya Kurang Bercerita” – Abby Abadi

Malah, turut tular perkongsian kakak kepada mangsa rumah tangga itu juga mendakwa ibu bapa Marissa juga ada berjumpa dengan keluarganya membincangkan perkara tersebut. Dakwanya lagi, Marissa turut mengakui kesalahannya dan berjanji untuk tak mengulanginya.

Susulan isu tersebut, Abby tampil memuat naik kenyataan di Insta Story bahawa dia akan menjawab isu yang berlaku namun mahu membiarkan orang ramai meninggalkan komen terlebih dulu.

Sementara itu, perkongsian Abby sekali lagi menjadi perhatian apabila mengakui mereka ada berjumpa namun ketika itu tidak tahu cerita sepenuhnya dan bukan untuk memohon maaf seperti didakwa.

Abby turut menegaskan pihaknya tidak pernah bersumpah dan menjunjung Al-Quran seperti yang didakwa oleh kakak mangsa serta meminta supaya bercerita lebih jelas.