“Ex Dulu Bernasib Baik Sebab Saya Kurang Bercerita” – Abby Abadi
Meskipun sudah beberapa hari berlalu, isu Syamsul Yusof berkahwin dengan Ira Kazar di Thailand masih menjadi bualan hangat netizen di media sosial.
Terbaru, pelakon Abby Abadi dilihat ada memuat naik satu perkongsian berikutan namanya dikaitkan dengan isu rumah tangga Syamsul Yusof dan juga Puteri Sarah.
BACA: Abby Abadi Restu Anak Jadi Artis, Harap Tak Ulangi Kesilapan Seperti Dirinya
Menerusi perkongsian di TikTok, Abby berkata dia tidak pernah menyerang mana-mana pihak apatah lagi ketika itu dia sendiri tidak tahu siapa yang menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya.
@abbyabadi112 Oh Malaysiakuuuu.. Bila ada isu rumah tangga dikalangan artis, ada yg curang.. mesti terkaittt & dikaitkan juga dengan sy ye. Sy buat video seronok2 pun mcm2 org kata.. Sy ok je kalau cakap yg indah2 takpe.. Ini memandai2 kata itu ini, siap bg contoh kisah sy tu pastuuu sambung fitnah pada sy dulu, mcm sy pulak yg bersalah…. ewah ewahh.. Jadi sy nk jawab : yg sejujurnya dulu sy tak pernah serang siapa2. tak pernah ya sbb sy taktahu siapa org keriga, ke empat semua tuu.. sbb sy tak berjaya cek hp ex & tak berjaya menjejaki gerak geri gasing dia waktu itu sbb dia kata dia busy shooting ya… & ex tuuu mmg jenis lari2 dan tak balik2.. Jadinya, sy banyak taktahu sebelum…….jeng jeng jengggg ? Yg kata sy serang ex dekat lokasi shooting, sy mencari je sbb lama tak jumpa & nk kan penjelasan. Takde bawa senjata apapun.. Dan bila jumpa org kata sy marah2, nangis2, dah tuuuu? takkan sy nk seronok2 kalau ex tak balik2 & sampai dah nk bercerai bagai? ?? Aduhh laaa Akak2 bawanggg.. , Achik2 & Abang2 bawang.. tlglah jangan lebih tahu ya. Sy yg melaluinya. Jadi jawapan/ segalanya semua dengan sy. Apa yg sy buleh cakap sy tak bercerita banyak benda.. TERLALU BANYAK! simpan lama ni…Terlaluuu banyak yg hanya sy & ALLAH yg tahu. Family pun taktahu. Arwah Mak & Ayahpun taktahu ..Adik beradik pun taktahu, Anak2 pun taktahu. Jadi jangan buat palatao ok ? pe: video sekadar hiasan ??
“Sejujurnya dulu saya tak pernah serang siapa-siapa, tak pernah sebab saya tak tahu siapa orang ketiga, keempat semua itu. Sebab saya tak berjaya periksa telefon bekas suami atau menjejaki gerak geri “gasing” dia waktu itu.
“Sebab dia kata dia sibuk penggambaran…bekas suami memang jenis lari-lari dan tak balik-balik. Jadinya, saya banyak tak tahu sebelum…Jeng, jeng, jeng” katanya.
Jelas Abby lagi, dia mencari Norman di set penggambaran hanya untuk mendapat penjelasan selepas lama tidak berjuma dan bukan untuk bergaduh.
“Yang kata saya serang bekas suami dekat lokasi penggambaran, saya mencari sahaja sebab lama tak jumpa dan mahukan penjelasan. Tak ada bawa senjata apa pun.
“Dan bila jumpa orang kata saya marah-marah, nangis-nangis…dah tu? Takkan saya nak seronok kalau bekas suami tak balik-balik dan sampai dah nak bercerai bagai,” katanya.
Dalam pada itu, Abby berkata terlalu banyak perkara dia tidak ceritakan dan hanya dirinya serta Allah sahaja yang tahu.
Untuk rekod, Abby dan Norman Hakim berkahwin pada 2002 namun bercerai pada 2009. Norman pula berkahwin dengan pelakon Memey Suhaiza pada September 2011. Abby kemudiannya bertemu jodoh dengan Muhammad Faizal Zakaria pada Ogos 2015.
Blh dah kot belajar utk kata no komen. Yg dah lepas, biarlah lepas.
Byk benda yg kita kena belajar utk x cakap.
sudah lah makcik… ko pun tak betul… tiba2 kata tak serang plak. nasib la laki ko tu norman. kalau lagi ko tu gengster, mau kat situ jugak ko kena lanyak…
Halah gigih nya bertaiktok dgn buat muka cecomel gitu bagai, haihhh
..dah, takyah stat bukak citer. tak pasal pasal ko plak gaduh laki bini..netz jugak yang penat jadi loyar tak bertauliah..
ni ke kata betul2 dah move on siap boleh beraya sama bagai? gila lah abby ni.. hati busuk lagi. mcm bermuka2 pulekkk
Betul.. saya setuju dgn komen atas² ni.. tak payah la abby or artis mane² yg nak share stories depa pulak.. tak yah nak up apa².. boleh saje ckp ‘no comment’ kalau org kaitkn korg dgn issue sol/ira/sarah.. cerita korg tu cerita lama.. benda dah ok jd keruh balik karg.. harap issue ni jd pengajaran buat semua.. have a blessed day everyone :-)
so memey hang buleh angkat kaki. xpyh nak berbaik dgn abby ni. xikhlas selama ni.. ,mmng la sakit laki kena ambik. atpi ko rapat dgn memey ade udang dseblik mee.
citer korang dah lama sgt. dah bebaik & move ok pun. takyah lah bukak balik pekong tu…
Ape yg kau meroyan ni Abby.. kau ni nak jugak jadi artis nak up cerita2 sendu.. dah basi la… mana2 artis yg suka nak up cerita yg dah basi tu, boleh tolong diam x…saja je nak bagi org meluat baca kisah yg tah apa2 ntah..boleh blah la..!
Memey & suami kau tak rimas ka, mana2 pergi mau2 jua kan ikut. baju sedondon, raya sama, eyhh rimas.