Hanya tinggal beberapa hari saja lagi untuk mendirikan rumah tangga, Atikah Suhaimie mengakui sangat sedih apabila majlis pernikahannya terpaksa dibatalkan. Meskipun berat untuk menerima, namun Atikah akur dengan keputusan yang dibuat keluarganya.

BACA: Bapa Atikah Suhaimie Dedah Punca Anak Tak Jadi Kahwin


“Siapa yang tidak kecewa, tetapi apa yang boleh saya katakan, antara kami tiada jodoh untuk bersama.

“Saya perlu akur dengan keputusan keluarga, malah menghormati Awi Rafael dan keluarganya. Hanya itu yang dapat saya katakan, selebihnya biar pihak lelaki yang memberikan jawapan,” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, Atikah berharap orang ramai memahami situasinya dan memberikannya sedikit ruang. Ujarnya lagi, dia akan memberikan penjelasan berkenaan isu pembatalan perkahwinannya itu apabila sudah bersedia nanti.



“Saya minta maaf dan berharap semua pihak memahami memahami situasi saya sekarang. Saya akan keluarkan kenyataan apabila sudah bersedia nanti.

“Berikan saya sedikit ruang dan waktu, selain doakan yang terbaik buat saya,” katanya

Terdahulu, menerusi Instagram Atikah memberitahu dia dan Awi sudah pun bekerja keras namun mungkin tidak kuat berjuang untuk cinta mereka. Atikah Suhaimie dan Awi Rafael mengikat tali pertunangan pada 17 Mac 2018.