fbpx

Bapa Atikah Suhaimie Dedah Punca Anak Tak Jadi Kahwin

Semalam rata-rata peminat dikejutkan dengan berita perkahwinan Atikah Suhaime dan Awi Rafael yang sepatutnya dijadualkan pada Ahad ini, 17 Mac, telah pun dibatalkan pada saat akhir di atas sebab-sebab tertentu.

Menerusi Instagram, Awi Rafael memuat naik satu video memberikan kenyataan tentang keputusannya untuk tidak meneruskan perkahwinan serta terpaksa menarik diri.

BACA: “Niat Dihati Untuk Bina Masjid, Tutup Aib Dia Yang Dulu”

Namun, menerusi ruangan komen di Instagram, bapa Atikah, Suhaime Jamali dilihat meninggalkan komen menjelaskan punca sebenar perkahwinan itu dibatalkan. Menurutnya, perkahwinan itu dibatalkan oleh pihaknya dan bukan Awi Rafael.

Menurut bapa Atikah lagi,keputusan yang dilakukannya itu adalah untuk kebaikan dan masa depan anaknya. Bagaimanapun, setakat ini tiada lagi kenyataan rasmi daripada Awi dan Atikah sendiri berhubung punca perkahwinan mereka dibatalkan.

Terdahulu, pasangan itu mengikat Atikah Suhaimie dan Awi Rafael mengikat tali pertunangan pada 17 Mac 2018. Dalam pada itu, semalam Awi turut memberitahu dia membuat keputusan untuk bertunang tahun lalu dengan niat untuk menutup aib Atikah yang dahulu dan membawanya ke jalan Allah.