fbpx

Siapa Pelakon Pembantu Positif Dadah?

Harian Metro hari ini melaporkan seorang pelakon pembantu di’dapati positif dadah selepas serbuan pihak polis.

Pelakon pembantu ini di’katakan banyak membintangi drama & telemovie tempatan dan sering bergandingan dengan pelakon popular.

Pelakon lelaki berusia 32 tahun itu di’tangkap ketika serbuan di sebuah pusat hiburan sekitar jam 2.30 pagi oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.

“Ketika serbuan, pelakon terbabit dan beberapa rakannya cuba melarikan diri, namun gagal selepas premis berkenaan dikepung.”

“Keempat-empat mereka diarahkan menjalani ujian air kencing sebelum pemeriksaan mendapati mereka positif,” menurut pihak polis.

Siasatan orang awam di Forum Cari mendapati calon awal untuk pelakon pembantu ini ialah Shafiq Samuri (gambar) yang membintangi telemovie Tetamu Malam seperti di’nyatakan dalam laporan.

Masih awal untuk membuat sebarang konklusi, kita tunggu sahaja kenyataan rasmi dari pihak berkaitan. Perkara seperti ini biasanya tidak lama boleh di’sembunyikan.