“Siapa Kacau Safawi Aku Ludah, Sekurangnya Dia Cuba Cakap English”
Umum mengetahui, pemain bola sepak kebangsaan iaitu Safawi Rasid telah membuat keputusan untuk berhijrah ke Portugal. Penghijrahan tersebut adalah bagi menyertai kelab utama Liga Premier iaitu Portimonense SC.
Diperkenalkan secara rasmi bersama pasukan kelab Portugal, Portimonense SC di Stadium Perbandaran Portimao, Portugal baru-baru ini, Safawi menjawab semua soalan dengan baik dalam temuramah yang diadakan dalam bahasa Inggeris.
BACA: Syifa Melvin Sedih Lepaskan Safawi ke Portugal
Bagaimanapun, ada segelintir netizen memperlekehkan penguasaan bahasa Inggeris pemain bola sepak negara. Perkara itu turut mendapat perhatian pelakon sensasi, Zarina Anjoulie yang tampil mempertahankan Safawi.
Kata Zarina atau lebih dikenali sebagai Anju, Safawi telah cuba untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan mahu ‘meludah’ merkea yang mengutuk mahupun menganggu pemain bola sepak itu.
“Siapa kacau sapawi aku nak ludah. Atleast dia cuba cakap English bukan cakap Melayu kat sana. Macam mana nak maju Melayu sikit-sikit nak sindir sikit-sikit nak bahan, biar la dia belajar.
“Power lah juga dia dapat main untuk kelab sana international daripada korang yang terperap je kat rumah tak ada buat apa apa. Sampah punya orang siapa yang duk sindir-sindir dia,” tulisnya.
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Anju turut memohon orang ramai agar memberikan sokongan padu terhadap individu yang mengharumkan nama negara seperti Safawi.
“Kenapa nak bahan dia, English berterabur sikit nak gelak-gelakkan. Kita patut sokong sesama Malaysia. Dia tengah mengharumkan nama negara kita. Tunjukkan sedikit sokonganlah. Dia dah sampai sana dah sangat bagus,” katanya.
Gud..at least he Try to speak English.. I like his confidence level.. Very matured.. It’s so good.
ok la Pawi tuu at least dia cuba. korang ingat semua orang putih reti english ke.. tu footballer europa ada je tak reti speaking tapi dorang steady je.
tu la, dia pi sana nak main bola, harumkan nama negara bukan nak jadi cikgu bhs inggeris.
Mencapub je keja pompuan ni..
Nanti dia balik dia boleh ckp spanish, melayu dan inggeris. Jgn pandang org rendah sgt
Haha tak tau cakap english hahahhaha buat malu je
Betina ni masih relevant ke ?
Nak kata has been pun , like never been
..
What a loser
Semoga dipermudahkan urusan Safawi di Portugal..
Trylah cakap English dengan orang Perancis, tak berterabur nasib lah….lagi worse dari Safawi…
Cuba ko orang tengok moto GP kebanyakan nya dari pengurus sampailah ke pelumbanya cakap English lagi teruk kecuali yang Mat Salih asli
Sembang la hangpa sini, konon baguih..cuba kalau tgk video bangla ka try tulis atau ckp melayu mampuih hangpa gelak dok bahan dia jugak
CR dlu pon bukan reti speak english pon. sekarang tengok level dia.. korg nak dok sibuk pasal pawi ni LOSER sebenornya.. diri sendiri tak semenggah nak jeles dgn org lerrrr tuuuu
Being able to speak good English does not determine how smart a person is..but surely an advantage to some point.
Warganegara Malaysia, tetapi x tau bertutur dlm Bahasa Malsaysia yg patut di ludah!