fbpx

“Siapa Berani Sentuh Dini, Saya Tak Kisah Masuk Penjara” 

Melihatkan banyak kes kemelut rumah tangga melibatkan pasangan selebriti, ianya turut menimbulkan kebimbangan pelakon dan pengacara Janna Nick.

Menurut Janna lagi, dia bimbang kebahagiaan rumah tangganya dengan pelakon Dini Schatzman akan turut tergugat kerana kita tidak tahu apa akan berlaku di masa akan datang.

BACA: Dah Cuba Pelbagai Cara, Janna Nick Sampai Tertekan Belum Hamil

“Terutamanya kita yang sudah berumah tangga, kita takut terpalit juga..nak mengata orang pun takut. Kita tak tahu apa akan berlaku di masa hadapan.

“Macam saya dengan Dini, hari-hari buat TikTok..seronok-seronok, mesra. Orang puji sangat pun saya takut. Tiba-tiba Allah uji kita,” katanya.

Sementara itu, Janna sempat memberikan amaran kepada mana-mana individu agar tidak menganggu rumah tangganya serta suaminya, Dini.

“Dalam fasa yang saya tengah happy dan Dini sahaja kebahagiaan saya, siapa berani sentuh saya tak kisah masuk penjara. Jangan main gila dengan Janna Nick,” katanya.