Pelakon Janna Nick meluahkan rasa sedih hasratnya untuk menimang cahaya mata tidak kesampaian selepas berkongsikan video membuat ujian kehamilan baru-baru ini
Menerusi video dikongsikan di TikTok, Janna berkata dia sudah melakukan pelbagai cara untuk mendapatkan zuriat namun perlu menerima hakikat belum rezekinya lagi.
BACA: Dini Tak Boleh Tinggi Suara Dengan Saya – Janna Nick
@jannanickofficial Replying to @user9317614082996 dah masuk fasa psycho dah. Jawapan bagi soalan: Badan berisi sebab tak aktif bergerak sebab takut tak lekat. Korban segala activity yang I suka..yoga, sauna, heavy exercise, kerja berlebihan sebab nak bagi badan rest. Makan segala jenis supplement sampai muka naik jerawat jerawat besar. Start psycho bila setiap bulan semua benda I rasa simptom mengandung. Overanalyze! Pls take note that pregnancy journey tak mudah. I faham…I terima takdir & tahu ada orang lagi lama menunggu. Janna berdoa agar semua yang sama sama berjuang & menanti..akan dapat baby yang comel comel ??
“Terbangun tidur 4 pagi decide untuk buat pregnancy test. Buat masa Dini tidur, so dia tak nampak saya stress. Harap tak kecewa lagi. Penat dah berharap.
“Doa selagi mampu sebab memang teringin sangat. Nervous setiap kali nak check result. Berharap dapat dua line. Pelaik sebab dah cuba bermacam cara. Kena paksa diri terima hakikat belum ada rezeki,” tulisnya.
Sementara itu, Janna turut menjawab pertanyaan daripada bahawa dia sanggup berkorban melakukan aktiviti kegemarannya bagi memastikan dirinya hamil.
Bukan itu saja, Janna juga berkata dia turut mengambil pelbagai suplemen sehingga emosinya terganggu kerana tertekan belum hamil lagi.
“Jawapan bagi soalan: Badan berisi sebab tak aktif bergerak sebab takut tak lekat. Korban segala activity yang saya suka..yoga, sauna, heavy exercise, kerja berlebihan sebab nak bagi badan rest.
“Makan segala jenis supplement sampai muka naik jerawat jerawat besar. Start psycho bila setiap bulan semua benda I rasa simptom mengandung. Overanalyze!” tulisnya.
Untuk rekod, Janna mendirikan rumah tangga dengan Dini Schatzmann di Langkawi, Kedah pada 23 Jun tahun lalu.