Pelakon dan ikon fesyen, Wak Doyok mengakui dia sudah mempunyai calon isteri yang merupakan wanita pilihan ibunya yang dikenali sejak tahun lalu.
Memetik Harian Metro, Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor berkata dia akur dengan calon pilihan ibunya itu serta percaya ianya adalah terbaik untuk masa depannya.
BACA: “Suara Dato Ganggu Syaitan Yang Diikat Bulan Ramadan, Menggelupur Mereka” – Wak Doyok
“Saya memang sudah ada calon isteri yang emak carikan. Si dia berusia 25 tahun ke atas dan pandai memasak serta menjaga keluarga. Pada usia sekarang, saya tiada masa nak bercinta seperti golongan muda zaman sekarang.
“Sebab itu, saya serahkan pada emak kerana kalau saya cari calon sendiri takut tak kena di matanya pula. Saya terima sebab itu adalah calon isteri yang terbaik di mata emak,” katanya.
Sementara itu, Wak Doyok berkata dia terpaksa menagguhkan dulu perancangan untuk mendirikan rumah tangga buat masa ini.
Katanya lagi, calon isterinya memahami kesusahan yang dialaminya kini lebih-lebih lagi ditipu rakan perniagaan baru-baru ini.
“Kalau nak diikutkan calon isteri memang mahu mempercepatkan majlis perkahwinan kami dan kalau boleh mahu dilaksanakan pada tahun ini. Namun, saya pula terpaksa tangguhkan dulu perancangan untuk berkahwin kerana mahu kewangan dan semua urusan berkaitan stabil dulu.
“Si dia (calon isteri) juga memahami kesusahan yang saya hadapi akibat ditipu rakan perniagaan syarikat baru-baru ini dan sanggup menunggu sehingga semuanya selesai,” katanya.
SUMBER: Harian Metro