fbpx

Shukri Yahya Pilih Nama Anak Kedua Maleeq Miqayl

Selepas dua minggu menimang cahaya mata kedua pada 20 Julai lalu, Shukri Yahya dan isterinya, Tya Adnan pertama kali mendedahkan wajah anak lelaki mereka yang diberi nama Maleeq Miqayl.

Menerusi Instagram, Tya turut memuat naik video selepas tiga jam kelahiran anak keduanya itu. Dalam entri itu, Tya turut berkongsikan kejadian pelik berlaki ketika bersalin sehingga doktor dan jururawat panik.

BACA: Bakal Timang Bayi Lelaki, Shukri Yahya Dah Pilih Nama Anak

“Assalamualaikum semua. Nama saya Maleeq Miqayl. Video first tu, saya baru berusia 3 jam je dekat dunia ni tau.

“Mummy bersalinkan saya normal 2.78kg. Hari isnin 20/7/2020 jam 2.18pm. Masa nak bersalin tu saya ada buat gimik sikit dalam labour room tau. Sampai doctor and semua midwife cuak. Nakal kan saya?Gimik apa tu? Haa nanti suruh mummy cerita ok. Maleeq sayang semua,” tulisnya.

Diruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja dan memuji kecomelan Maleeq. Malah, ramai yang mengatakan raut wajah Maleeq seperti raut wajah ibunya.

Shukri dan Tya mendirikan rumah tangga pada 20 November 2015. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aira Ameena kini berusia empat tahun.