fbpx

Shukri Yahaya Utamakan Persiapan Raya Isteri & Bayi

Kali pertama menyambut Aidilfitri sebagai seorang suami, Shukri Yahaya akui sememangnya teruja lebih-lebih lagi dengan kehadiran bayi pertama mereka yang dijangka lahir pada bulan hadapan. Namun bagi persiapan raya, beliau memilih untuk berbelanja secara bersederhana dan lebih mengutamakan keperluan isteri serta bayi yang bakal lahir nanti.

BACA: Shukri Yahaya Cemas Bayi Dalam Kandungan Tak Gerak

“Alhamdulillah, isteri juga tidak cerewet mengenai pemilihan pakaian. Memandangkan dirinya sedang sarat, Tya selesa menggayakan jubah pada pagi raya nanti. Untuk saya, memadai jika mempunyai sepasang baju Melayu baharu yang dibeli di pasar raya. Kebiasaannya, untuk membeli pakaian raya, saya akan membeli-belah pada saat akhir untuk berjimat”

“Lagipun, kebanyakan pasar raya akan mengadakan promosi hebat jadi mengapa perlu saya lepaskan peluang itu. Tahun ini, saya buat kali pertama beraya sebagai suami dan tahun depan pula akan meraikannya sebagai bapa. Saya mahu menikmati setiap momen indah ini dengan membahagiakan diri dan orang tersayang,” katanya kepada Berita Harian Online.

Sementara itu, beliau turut berkongsi perancangannya selepas sambutan hari raya dimana, beliau akan membawa keluarganya dan mentua pergi bercuti. Katanya lagi, percutian ini bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim antara keluarga tetapi sekurang-kurangnya dapat merasai pengalaman bercuti bersama walaupun lokasi dipilih berdekatan saja. (rkty/w)