fbpx

Shuk Sahar Rindu Berlakon, Harap Diberi Peluang Kedua

Hampir dua tahun meninggalkan dunia lakonan, pelawak Shuk Sahar berharap penerbit drama dan filem memberikan peluang kepadanya untuk kembali aktif berlakon.

Memetik Utusan, Shuk berkata meskipun dia kini sibuk berniaga untuk menjaga pendapatan, namun dia rindukan dunia lakonan serta berharap agar diberikan peluang untuk beraksi semula.

BACA: Diminta Kongsi Tips Curang, Shuk Sahar Enggan Ajar Sebab Dah Pencen

“Buat masa ini saya berniaga untuk kelangsungan hidup. Tapi jujur saya memang rindu nak berlakon kerana sudah dua tahun saya tinggalkan dunia itu.

“Baru-baru ini ada sahaja tawaran, tetapi bertindih pula dengan acara di Singapura. Jadi, terpaksa saya tolak. Kalau ada peluang berlakon, memang saya nak. Saya betul-betul mengharap,” katanya.

Sebelum ini, Shuk dihimpit dengan pelbagai kontroversi rumah tangga serta terpalit kontroversi membabitkan pelakon Fauzi Nawawi yang membuat pendedahan dalam satu program tentang babak rogol bersama pelakon Raja Farah.

Dalam pada itu, Shuk berharap isu tersebut selesai serta dirinya tidak terus dihukum dan dipulaukan kerana dia mahu kembali berlakon.

“Isu itu kelihatannya sudah selesai. Jadi, bagi penerbit yang masih ingat saya, saya ingin maklumkan, saya benar-benar mahu kembali berlakon. Diharapkan peluang masih ada untuk saya,” katanya.