fbpx

Diminta Kongsi Tips Curang, Shuk Sahar Enggan Ajar Sebab Dah Pencen

Baru-baru ini, perkongsian pelawak Shuk Sahar di TikTok menjadi perhatian apabila ada netizen memintanya mengajar cara untuk curang.

Bagaimanapun, permintaan individu tersebut ditolak oleh pelawak berkenaan serta Shuk mengatakan dia sudah pencen.

BACA: “Doakan Kami Berdua” – Shuk Sahar & Rossa Sera Tunai Umrah Bersama

@shuksahar

Replying to @ZULHILMI HAZWAN meh saya ajaq abg naa…#fyp? #fyp??viral #fyp #saranghaeserum #ssbeaute #kulitputih #curang

? Pagodão do Birimbola (Tchubirabirom) – Os Quebradeiras & Machadez & Mousik

“Minta maaf bang, benda yang abang suruh saya ajar tu, memang saya dah pencen..taubat lahum dah!” katanya.

Perkongsian Shuk itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji jawapan diberikan pelawak itu yang disifatkan matang dan tidak marah.

Dalam pada itu, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur Shuk tetap positif meskipun ramai yang mengecam dan mengutuknya serta mendoakan agar pelawak itu bahagia.

Untuk rekod, Shuk dan Rossa Sera mendirikan rumah tangga pada 2015. Pasangn itu dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Wurratu Ain, 6, dan Nur Assyifatu Aimi, 3.