Shuk Sahar Rindu Anak-Anak, Harap Netizen Doa Rumah Tangga Kekal
Kontroversi terpalit dirinya kini sudah reda, pelawak, pengacara dan penyampai radio, Shuk Sahar meminta pengikutnya dan juga netizen untuk sama mendoakan agar rumah tangganya kekal bahagia.
Menerusi satu perkongsian di Instagram semalam, Shuk dilihat ada memuat naik video bertemu lagi dengan dua anak perempuannya dan akui sangat merindui keluarga serta anak-anaknya.
BACA: “Hidup Perlu Diteruskan, Ada Dua Anak Nak Kena Tanggung” – Isteri Shuk
View this post on Instagram
“Hari ini dapat jumpa anak-anak sekali lagi. Nanti, lepas PKP kita pergi jalan-jalan tau. Sekarang ini, tak dapat nak jalan-jalan sebab PKP.
“Sebenarnya rindu sangat pada keluarga dan anak-anak saya ini. Bila dapat jumpa macam ini pun dah okay sebenarnya, harap kalian dapat doakan kebahagiaan kami dan semoga semuanya kekal hingga ke syurga,” katanya.
Perkongsian Shuk itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersimpati dengan pelawak itu serta memintanya untuk bersabar serta banyakkan berdoa kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan.
Terdahulu, Shuk ada berkongsi video di Instagram bertemu anak-anaknya dan mengaku kesilapan diri. Katanya, apa yang berlaku dalam hidup dan keluarganya ketika ini adalah berpunca daripada kesilapan sendiri.
- SUMBER
- Harian Metro
mau lagikah dengan pelacur sabah macam kan zina mu si farah cakap tu?
sebab org mau boikot nanti x ada duit belanja si Farah pula kan. pura2 menyesal. jgn percaya lelaki sundal.
masa menyundal dlu ingat tak anak2, masa tak balik rumah tu ingat tak anak2? kuat wayang la dia ni. nk job balik la tu. insaf sbb kantoi je ni.
Aku tak nak doa kat kau tapi nak doa kat bini kau jumpa jantan lain supaya dia pulak main. Baru kau rasa pulak macam mana rasa bila bini kau ditebuk jantan lain, tu la di namakan fair game..tutuh jangan tak tutuh
Sekali mungkin boleh doakan Kau berbaik semula….ni dua kali or lebih….jgn harap. Biar Bini kau dapat yg lebih baik…emmmm. Lu fikir la sendiri bro!
BILA TURUN BALCONY ADA INGAT ANAK2 TAK?
UJIAN MASING2 YA… FAHAM SANGAT..
SEBAGAI SELEBETRETIS ..KENA TUNJUK CONTOH YG BAIK..
NI PERIOK NASI HANG.. JAGA LAH BAIK2.
Semoga ada jalan penyelesaian yang boleh dibuat. Jaga lah keluarga dengan baik. InshaAllah ada jalannya nanti
selalu retis mintak doa netizen…belum lg aku dengau netizen mintak doa retis…
Asal lak nko nk mntak doa netizen tenok?! Mintak pada Allah sana!!nkonyer bongok sama bengkak cam leher nko yg bersambung ngan dada nko!! Bahahahaa… Bubaii
kalau bini dia terima balik shuk ni aku taktau la level bodoh tahap mana dah….jangan malukan kaum wanita pls
Laga Laga Laki Bini,
Jangan ajar isteri shuk jadi betina jalang & sundal. Seorang isteri dan ibu haruslah menjaga kehormatan diri, jangan nak jadi wanita hina pula.
Jadilah isteri wanita yg bermaruah dan terhormat meski disakiti suami yg selingkuh.lepaskan suami yg tidak tahu mghargai isteri yg sudah berjuang susah senang turun Naik jatuh bangun sama².. Tiada guna nya dipertahankan,kecuali ia benar2 bertaubat Nasuha.
TERGAMAK PUKUL KAKAK SEHINGGA LUMPUH KERANA WANG
SIBU: Seorang lelaki disyaki tergamak memukul kakaknya sehingga lumpuh, termasuk dengan menggunakan batang penyapu, kerana berang tidak diberikan wang.
Akibat kejadian kira-kira jam 3 petang 22 Januari lalu di kediaman mereka di Jalan Sungai Antu, di sini, mangsa berusia 49 tahun terkehel tulang belakang menyebabkan saraf tunjangnya tertekan sehingga wanita itu lumpuh dari paras dada ke kaki.
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit, berkata insiden berlaku apabila suspek berumur 44 tahun disyaki memukul mangsa kerana tidak diberikan wang walaupun sudah beberapa kali mendesak.
“Berikutan itu, mangsa dikatakan berang dan mengambil batang penyapu lalu memukul suspek.
“Suspek didakwa bertindak balas dengan merampas batang penyapu daripada pegangan mangsa dan terus memukul bahagian kepala, badan serta belakang tubuh wanita itu.
“Ia menyebabkan mangsa jatuh terlentang di atas lantai ruang tamu di tingkat atas.
“Bagaimanapun, suspek didakwa terus memukul badan wanita itu beberapa kali sehingga emaknya menjerit supaya berhenti memukul mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sibu dan akan menjalani pembedahan tulang belakang, esok, namun dimaklumkan peratusan untuk sembuh adalah tipis.
“Pada hari kejadian, keluarga dikata enggan membabitkan pihak polis tetapi selepas didesak mangsa, laporan telah dibuat, semalam,” katanya.
Susulan itu, Stanley berkata, suspek ditahan kira-kira jam 2.10 petang semalam dan akan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326A Kanun Keseksaan.
“Kes akan dirujuk kepada Pegawai Perlindungan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mendapatkan Perintah Perlindungan Interim ke atas mangsa,” katanya.