Minggu lalu hangat diperkatakan mengenai kontroversi terpalit pelawak dan penyampai radio, Shuk Sahar apabila isterinya, Rossalennah Natassiah Asshaferah mendedahkan kecurangannya di media sosial.
Bagaimanapun, Shuk akhirnya tampil mengakui kesilapannya dan sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan keluarganya semula.
BACA: Shuk Sahar Akui Kesilapan, Sanggup Buat Apa Saja Demi Dapatkan Keluarga
Meskipun berdepan dengan dugaan rumah tangga, Rossalennah mengakui kehidupan perlu diteruskan lebih-lebih lagi dia mempunyai dua orang anak yang perlu ditanggung.
“No matter what happen, life must be go on sebab ada dua anak lagi sera nak kena tanggung. I am a strong women because a strong women raised me,” katanya.
Menerusi satu lagi perkongsian, Rossalennah memohon maaf diatas tindakannya membuat ulasan produk berikutan ada segelintir netizen memerli dengan apa yang dilakukannya.
Tidak melatah dengan segala kata-kata negatif netizen, Rossalennah berkata dia hanya mencari rezeki untuk kedua anaknya dan bukan meminta-minta daripada sesiapa.
“Ya memang hidup ni teruk tapi aku pun tak menolak rezeki. Sekurang-kurangnya aku cari duit halal. Bukan meminta minta duit keluarga orang,” luahnya.
Shuk dan Sera mendirikan rumah tangga pada 2015 di Kampung Ulu Sapi, Beluran Sandakan, Sabah. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan berusia empat dan setahun.