Shuib Tiada Selera Makan, Masih Terpanggil Nama ‘Maid’ Yang Meninggal Dunia
Sejak pemergian isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada Isnin lalu, pelawak Shuib mengakui banyak kejanggalan dilaluinya apatah lagi perlu uruskan anak-anak sendiri.
Bagaimanapun, Shuib meluahkan rasa syukur dengan pertolongan Allah yang memudahkan banyak perkara dalam hidupnya sekarang serta rakan-rakan yang banyak memberi semangat.
BACA: Shuib Tangguh Jumpa Ayash Affan Atas Saranan Pihak Hospital
“Kalau nak disenaraikan kawan-kawan yang tawarkan hantar makanan, memang tak terkira antaranya Sharnaaz Ahmad dan Alif Satar.
“Sehinggakan mereka kata bagi isyarat saja nak makan, makanan akan sampai, terasa nak makan apa, makanan pasti sampai. Namun, dah seminggu selera makan saya tiada sebab hidung belum berapa okay dan tak dapat cium bau,” katanya.
Shuib berkata dia boleh menguruskan kehidupannya sekarang, namun apabila menyentuh berkenaananak-anak itu yang jadikannya agak keliru.
Malah, dia masih terpanggil nama pembantu rumahnya yang sudah meninggal dunia kerana sudah biasa bergantung dengan bantuannya sebelum ini.
“Bab anak-anak ini yang buat saya macam pelik sikit. Kadang-kadang mulut pun masih terpanggil nama pembantu rumah.
“Tadi (semalam) tengah cari jubah dan baju anak-anak, saya terpanggil namanya sedangkan dia (pembantu rumah) dah meninggal dunia. Sebab, saya dah biasa bergantung dengan bantuannya sebelum ini.
“Bab anak-anak susah sikit, tapi saya ada juga berbual dengan Ajai. Katanya, dia pernah duda dan dia nasihatkan saya sediakan modul sendiri untuk anak-anak,” katanya.
Dalam pada itu, Shuib mengakui perubahan sikap anak-anaknya sekarang yang memudahkan urusannya setiap hari dan mendengar kata. Namun, Shuib bersyukur keluarga mentua tinggal berdekatan dan akan turut membantu.
“Alhamdulillah, mereka ikut cakap. Sebelum ini saya penat jerit-jerit. Sekarang sekali cakap sahaja, semua akan ikut. Kalau tidak, nak suruh mandi pun berjam-jam.
“Sekarang, saya cakap pada mereka (anak) saya banyak benda nak fikir dan banyak benda nak buat. Jadi, tolong jangan bagi saya stress (tekanan). Alhamdulillah mereka bagi yang terbaik.
“Berkenaan penjagaan mereka selepas ini, saya lega kerana adik ipar dan mentua tinggal berdekatan. Jadi, tiada masalah bab ini apabila saya kembali bekerja nanti,” katanya
- SUMBER
- Harian Metro
sbb tu org lelaki mest bjlr masak ambik tahu hal2 kekuarga tahu serba sedikit….
sbb tu org perempuan mest bjlr drive ambik tahu hal2 katluar tahu serba byk
Mereka sekeluarga kan yg positif Hari tu…tp kalau x silap semlm keluar cerita org org melawat dia (lupa dah siapa yg melawat)…Tak takut ke? Berisiko tu…kalau ye pun nk bg bantuan,jgn la sampai merisikokan diri sendiri….
Ni la salah satu sbb kes Tak habis-habis
Ramai perempuan dah boleh drive kereta naik motor..kau ingat negara taliban pe
Buat la swab test. Kalau dh hilang selera, bau.
Aku perempuan, aku boleh drive, bukak tayar, service keta, repair paip, buat wiring sendiri, cuci aircond sendiri, aku bekerja, aku la ayah, aku la emak. Aku la si ibu tunggal. Huhuhu.
Muskyil aku. Byk beno mase si soib ni ye dok posing sakan, bergamba buat muke sedih, vid menangis, update cter ngko tiap 15min gamaknye. Org sedih mmg mcm ni ke? Ade hati ke utk semua ni?
BYk2 cerita isu ni.. dh rasa mcm soeb ni dok kejar spotlite pulak dengan kematian bini dia.. ada ja benda nk update hari2
Btl yg diatas. Orang yg btl sedih sgt perlu privasi. Dia nak spend time teringat arwah je. Nak uruskan barang arwah. Nk ckp dgn orang lain selain spouse, xde mood. fon lg la x tgk. Byk hari bisnes matter postpone. Tp yg ni spesel case. When you update in socmed, means aatu dunia perlu tahu. Genuine ke tak ni sedihnye??
janganlah kita bersangka buruk … doakan semuga Allah permudahkan segalanya untuk shuib dan keluarga dia
Lain org lain cara grief…..some people perlu berseorangan, privacy.Some people need someone to talk to; family, psychologist, kawan2…….and maybe shuib dah biasa luahkan di socmed…..kalau itu cara dia biarkanlah, asalkan dia dapat maintain sanity dia.kalau tak suka, jgn tgk.
Aikkkkk… Huuuurrrmmm musykil aku jap… Binik nko mana? Ptot binik nko sedia kn keperluan nko(#nie soklan time arwah idup laa)
Bg aku normal sbb ada yg mcm ni.dia buat live supaya dia tak sunyi.korang ni dah kenapa? Nak suh dia diam tkde sapa nk.meluahkan ke? lagi terukla depresi.dgn ada org berbual and cite kenangan dgn isteri dia happy2 mmg boleh buat dia lupa la kejap.aku pn mcmtu.tp yg pasti waktu malam bila semua org da takde.masa tu mmg meraungla balik.takleh imagine. sabar ye shuib.
Bior laa dia tgh sedih. Aku masa mak aku mninggal aku nak ckp je psl mak aku tp semua kawan2 cuba nak elak ckp tentang kematian mak aku. Mereka ingat dgn cara tu jaga hati aku. Sebenarnya org yg khilangan org tersayang nak ckp je pasal org yg dh pergi tu sbb kejadian baru berlaku. Lain org mungkin lain cara grieving. Kita org islam x boleh la nak meraunggg.. so berckp tentangnya secara baik akan menenangkan sedikit kerinduan tu.
saya pun macam tu masa arwah suami baru meninggal saya suka update perasaan saya kat fb..IG.. Jangan risau benda tu tak lama pun bila hati dah mula tenang dan terima arwah dah takde perlahan2 semua akan kembali kepada biasa..kita taktau apa dia rasa..dengan luahkan semuanya dia akan sedikit lega..kenapa netizen malaysia kuat sangat tak puas hati dengan org lain ye..sikit2 kecam..sikit2 kecam
Setuju. Saya dulu pun lepas kematian ibu saya, saya selalu bercerita dgn kawan pasal ibu saya. Sebab saya selalu bercerita sampai ada kawan2 ingat mak saya masih hidup. Bila kita bercerita pasal orang yg dah meninggal actually sebab kita rindu. Terlalu rindu.
Manusia ni ada yg romantik ada yg rock..yg romantik selalunya kalau bermasalah terus menerus berkurung di rumah dan boleh membawa ke bunuh diri..kalau yg rock ni masalah besar macamna pun,tetap berjiwa besar dan tahu control iq perasaan sepenuhnya..senang movie on dan senang menerima..tq…so kamu pilih nak jadi romantik kah atau nak jadi rockers..yeah yeah