fbpx

Shuib Terkejut Beribu Produk Arwah Siti Sarah Terjual

Sejak pemergiannya Isnin lalu, satu demi satu kebaikkan Allahyarham Siti Sarah ditunjukkan. Malah, bidadari Shuib itu juga seorang yang pemurah dan tidak lokek berkongsi rezeki.

Terbaru, menerusi satu perkongsian di Insta Story pagi tadi, Shuib mendedahkan arwah isterinya itu mempunyai beberapa perniagaan dan berniat untuk membantu orang lain.

BACA: Abang Siti Sarah Dipindahkan Ke ICU, Ditidurkan

Shuib berkata meskipun dia mampu untuk menanggung mereka sekeluarga, namun isterinya tetap mahu mengusahakan perniagaan sendiri untuk memastikan orang lain dapat merasa barangan dengan harga berpatutan.

“Niat arwah untuk membantu orang di luar sana. Nak bantu ejen-ejen untuk tambah pendapatan. Nak bantu orang-orang luar untuk dapat pakai apa yang arwah pakai dengan harga yang jauh lebih murah.

“Kalau ikutkan arwah dah tak payah buat semua tu, InsyaAllah untuk diri dan keluarga semua dah cukup. Tapi disebabkan niat mulia arwah, saya restu, saya support dari belakang,” katanya.

Bagaimanapun, Shuib tidak menyangka apabila dia mendapat perkhabaran beribu produk arwah telah terjual selepas pemergian isterinya itu.

Kata Shuib lagi, mungin ramai yang membeli produk keluaran isterinya itu untuk dijadikan sebagai kenangan serta berharap orang ramai akan terus menyokong perniagaan Allahyarham Siti Sarah.