Abang Siti Sarah Dipindahkan Ke ICU, Ditidurkan
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Shuib memaklumkan abang Allahyarham Siti Sarah iaitu Ahmad Firdous dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan ditidurkan sejak jam 5 pagi tadi.
Shuib memohon orang ramai mendoakan buat abang iparnya itu Firdous yang dimasukkan ke Hospital Serdang selepas positif COVID-19 pada 2 Ogos lalu.
BACA: Abang Siti Sarah Positif Covid-19, Tahap Oksigen Menurun
“Assamualaikum semua… Allah Maha Besar, Allah Maha Kuasa. Baru dapat panggilan bahawa abang ipar saya dimasukkan ke ICU. Saya mohon mendoakan Ahmad Firdous Raissuddin diberi kesembuhan segera… Amin Ya Rabbal Alamin,” tulisnya.
Menurut Shuib, Firdaus ditidurkan bagi membolehkan paru-parunya berehat. Ujarnya, ketika dikejarkan ke hospital paras oksigennya menurun 85 peratus.
“Doktor hendak rehatkan paru-parunya… Sebelum ditidurkan, paras oksigen adalah 95 peratus. Ketika dikejarkan ke hospital, Selasa lalu, paras oksigennya adalah kira-kira 85 peratus. Ahmad Firdous disahkan positif COVID-19 pada 2 Ogos lalu,” katanya.
Selain Firdous, isterinya turut disahkan positif selepas empat hari keluarga Siti Sarah dijangkiti virus berkenaan. Sebelum ini, Firdous dan isteri sudah menjalani kuarantin kendiri selama lapan hari di rumah.
- SUMBER
- BH Online
Ambil la vaksin kalian wey. Sementara stok masih ada jgn pcaya dakyah2 anti vaks.
Tok Arab kat Mekah yg warak, alim solat x tinggal pon dah suntik dek oiii…
Jgn esok2 nyesal sbb x buat dan usaha sehabis mungkin.
I observe this past week tp i x sangka i ada few bff yg actively antivaksin, so i remove him from my circle. Toksid frens…Adios!
Kesian penunggang jin mata satu
Antivaksin still degil covid is not real?
geram betol sama antivax!
ko ingat benda main2 ke? thousands of doctors and specialists been studying shits and put their hard work just for these pak cik and mak cik getting brainwashed by a simple voice message and a video.
istg. ..mm bodoh punya anti vaksin kerja nak pengaruh orang lain.
2 dos baru baru 9 juta.. 11juta baru 1/3 populasi malaysia.mohon cepatkan lagi pemberian 2 dos utk capai herd imunity..
Satu dunia nampak kerajaan PN dan Mudin gagal urus pandemik & ekonomi tapi Jkom dan malaun tiba2 minta tukar Presiden UMNO..
Stik ketum ke Gam ni?
Parlimen yg dh lengkap 2dose vax pon kecut telo nak bukak. Ni sekolah yg budak2,cikgu2 belum vax terhegeh2 nak suruh bukak. Woi budak belah tengah anak jidin, bertanggungjawab lah sikit! Menteri xda fungsi ni mmg bebal dan membebankan rakyat lah!
Vaksin sahaja tak cukup, jaga pemakanan jgk..kurangkan susu manis, kek, makanan berminyak, ramai yg duduk rumah lama2 makin gemok..makan makanan yg kuatkan immune system sebab covid akan serang immune system, buah2, sayur, pegi bersenam, kalau tak boleh lari, setiap hari jalan selama 30minit pun dah cukup bagus..vaksin can work if u change your lifestyle
Ambil vaksin jaga SOP. Insya Allah.
Kalu jangkit pon tak teruk sampai rosak paru2. Tu je anti vaksin tu bior jenis xnk usaha.
#KerajaanGagal abah cow
Salah satu masalah kerajaan ini ialah lambat membuat keputusan dan lambat bertindak. Mesyuarat saja hari2 tapi mengelak dipertanggungjawabkan di parlimen. Menteri xde fungi! Kes x turun2!!
Dia ni anticovidVaksin kann , sbb ada tengok aritu dia slam org yg cucuk2 ni.
Hemmm hentahlah
Kita ni PAHALA pun belum cukup dicari, jgnlah Kita perlekehkann ikhtiar utk hidup ni.
Vaksin tu hal lain.skrg aku nk cite pasal sop.aku rasala yg family ni mmg banyak berziarah sama sendiri waktu lockdown ni which is tkbolehla sbnarnya sbb rumah lain2 .tp netizen biasaala tgh simpati sbb kes ni so dorg pejam matala klu bukan jd gini abis dorg selongkar sampai lubang cacing.tau sgt dah perangai.
Kesimpulannye.semoga abg sarah sembuh kembali and ckupla semua berziarah but msa ni duk rumah masing2 .jgn langgar sop please .Al fatihah utk arwah sarah.semoga ape yg buruk kita jdkan pengajaran.