fbpx

Sejak pemergiannya Isnin lalu, satu demi satu kebaikkan Allahyarham Siti Sarah ditunjukkan. Malah, bidadari Shuib itu juga seorang yang pemurah dan tidak lokek berkongsi rezeki.

Pengurusnya, Nana Mohamad Rom berkata Siti Sarah gemar menghulurkan sumbangan kepada rakan-rakan dan pengikutnya di media sosial.

BACA: “Saya Rasa Dunia Ini Macam Sesepi-Sepinya..” – Raisuddin

Katanya lagi, sebelum dimasukkan ke hospital Sarah sempat memindahkan sejumlah wang kepada ibu tirinya untuk disumbangkan kepada mereka yang memerlukan.

“Dia paling suka menderma, selalu menderma sana sini… kalau ada orang mesej di Instagram perlukan bantuan dia akan bantu. Tapi Sarah tak suka orang tahu dan tak mahu bercerita.

“Yang terbaharu, sebelum dia memasuki ambulans untuk ke hospital, dia pindahkan wang kepada ibu tirinya untuk disedekahkan.

“Sebelum ditidurkan, dia ada minta pembantunya untuk ambil semua produk tudung untuk disumbangkan kepada jururawat di hospital itu,” katanya.

Nana berkata lagi, arwah tidak pernah memiliki sebarang sejarah penyakit kronik dan seorang yang sentiasa menjaga pemakanan. Pada hari kelapan kuarantin Sarah mengalami batuk-batuk namun disangkakan simptom biasa sahaja.

“Dia tak ada sebarang penyakit.. dia sangat menjaga pemakanan, semasa kuarantin dia selalu dapatkan rujukan doktor peribadi.

“Sepanjang tempoh kuarantin di rumah, memang saya telefon setiap hari. Dia kata keadaan dia okey sahaja dan minta saya jangan risau.

“Tapi pada hari kelapan, dia beritahu kena pergi hospital sebab oksigen drop, ketika itu dia mula ada simptom batuk-batuk. Dia fikir itu gejala biasa sebab tinggal dua hari lagi untuk potong gelang,” katanya.