Shuib Tak Kisah Dikecam Terlalu Awal Cari Jodoh
Selepas lima bulan pemergian isteri tercinta, Allahyarham Siti Sarah, pelawak Shuib Sepahtu mengakui sedang mengenali seorang wanita.
Namun, Shuib dikecam oleh netizen apabila ada yang menyifatkan terlalu awal untuk dibicarakan mengenai perkara itu. Tidak kisah dengan kecaman atau padangan diberikan netizen, Shuib berkata dia sudah lali dengan situasi berkenaan.
BACA: Shuib Akui Ada Kenal Seseorang
“Bab kena kecam ini saya tidak kisah orang mahu cakap apa. Sebab yang rasa itu saya, selagi saya tidak kacau dan kata orang okeylah. Saya tidak boleh tutup mulut orang,” katanya.
Dikatakan masih terlalu awal untuk membicarakan soal jodoh, Shuib berkata tidak penting untuk mengambil kira padangan orang luar selain ibu dan keluarganya sahaja.
“Contoh saya katakan sudah lima bulan ini mahu cari jodoh, nanti orang kata dulu beria- ria sedih sangat sekarang seperti cepat sangat hendak mencari jodoh.
“Ada pihak lain pula kata betullah, kalau seorang diri hendak buat apa. Jika depresi siapa yang hendak tanggung? Jadi, saya tidak perlu dengar kerana terlalu banyak pendapat orang.
“Saya hanya perlu dengar kata ibu, ibu bapa mertua dan keluarga saya. Sebabnya yang ada dengan saya bukan netizen, tetapi keluarga saya. Jika ssya menangis dan tertonggeng di rumah tidak ada netizen datang bertanya khabar, saya okey atau tidak. Oleh sebab itu, saya hanya mahu fokus pada kehidupan saya sahaja,” katanya.
Dalam pada itu, Shuib mengakui ramai wanita menghantar mesej untuk berkenalan namun dia tidak mengambil serius tentang perkara itu.
“Ibu setiap hari tanya, ada ke kawan yang boleh saya bawa berjumpa dengannya. Ramailah wanita yang menghantar mesej menerusi laman sosial bertanya khabar, tetapi saya takut.
“Jika mahu mencari jodoh perlu persetujuan daripada ibu dan anak-anak. Kalau saya yang suka tetapi anak-anak tidak okey memang tidak akan jadi. Buat masa ini saya serahkan kepada Allah sahaja,” katanya.
- SUMBER
- Kosmo!
Alhamdulillah semoga mendapat jodoh yg baik… Syukur shuib dpt meneruskan kehidupan.. tk elok meratapi lama2..
Nape nk kecam dia mampu utk kawin biar laa. Dari dia wt maksiat baik laa dia kawin sekurang2nya terjaga jugak anak2 dan keperluan lelaki dia.
Better kot, dr merintih, kat socmed betapa teringat kat arwah. Ni tunjukkan dah move on, n terima hakkat bahawa arwah dah bertukar alam. Keperluan hidup di dunia x memungkinkan kita terus melayan perasaan dgn arwah yg hidup di alam lain.
Semoga Vidagumuk terima chinta shuci abg Lara.
Vidagumuk subur lagi sebab berbotol botol teguk jus Pamokga.
Tibaaah !
Boleh tak jgn semua benda nk cerita kat social media?? Tak boleh nk hadam la bila semua benda nk kena cerita..
Get married and make sure she’s good to your lovely kids.You deserve a wife and the kids need a mother.You are only answerable to God and your family if they are happy God will bless you.Take care.
Betul shuib netizen tahu mengecam saje tp kalu ko tertonggeng kat umah takde netizen yg akan tahu dan datang menolong sbb itu hal peribadi ko. Hal peribadi jgn kita kongsi ngan org ramai kita diam2 je tak perlu propa. Kalu kita propa dah tak jadi hal peribadi sbb kita yg melamar orang ramai utk masuk campur dlm hal peribadi kita.
Semua benda Shuib kena bagitau satu dunia. Sebab dia sudah jadi PENAGIH SIMPATI.
Sebelum ni takde orang ambik tahu. Sebab artis taraf Grade 3 aje. Tapi bila isteri meninggal dunia, dia dapat perhatian.
GIAN woo Shuib jadi!