fbpx

Shuib Akui Ada Kenal Seseorang

Selepas hampir lima bulan pemergian isteri tercinta, Allahyarham Siti Sarah, pelawak Shuib Sepahtu mengakui ada mengenali wanita lin.

Bagaimanapun, Shuib berkata hubungan itu masih terlalu awal dan dalam fasa berkawan serta menyerahkan soal jodoh kepada Allah.

BACA: “Andai Saya Berkahwin Semula, Semuanya Demi Anak-Anak”

“Ya ada kenal orang baharu, tapi hanya berkawan dahulu buat masa sekarang. Saya tak berani nak cakap. Harap semuanya baik-baik sahaja. Saya serahkan kepada Allah. Nak bercerita soal apa yang berlaku ke depan saya sendiri tidak tahu,” katanya.

Dalam pada itu, Shuib berkata ibunya juga ada bertanya mengenai pengganti. Katanya jika dia mahu mencari jodoh perlulah mendapat persetujuan daripada ibu dan anak-anaknya.

“Ibu pun ada bercakap supaya saya mula kenal dengan orang lain. Tapi saya fikir bagaimana orang nak terima saya dengan anak empat.

“Jika mahu mencari jodoh perlu persetujuan daripada ibu dan anak-anak. Kalau saya yang suka tetapi anak-anak tidak okey memang tidak akan jadi. Buat masa ini saya serahkan kepada Allah sahaja,” katanya.

Terdahulu, Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat Covid-19. Beberapa hari sebelum ini Allahyarham selamat melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan melalui pembedahan tanpa sedar.