fbpx

Shuib Tak Galak Anak-Anak Jadi Artis

Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Melihatkan pada telatah anak-anak Shuib Sepahtu pasti ramai berpendapat mereka sudah menunjukkan minat untuk masuk ke bidang seni.

Bagaimanapun, Shuib berkata dia tidak mahu melihat anak-anaknya untuk masuk ke industri hiburan untuk bergelar artis.

BACA: Shuib Alami Masalah Selera Makan Yang Teruk

Kata Shuib lagi, dia memilih untuk tidak mendorong anak-anaknya ke arah itu meskipun mereka menunjukkan minat dalam bidang nyanyian dan komedi.

“Saya sebenarnya dari dulu tak minat benarkan anak-anak saya shooting, nyanyi ke. Maksud saya artis. Saya tak cenderung untuk itu.

“Talita dia ada cakap dia nak menyanyi. Saya fikir kalau dia nak menyanyi, saya rasa dia menyanyi untuk saya jelah. Untuk family.

“Matin ada bakat berlakon, melawak. Tapi saya juga saya rasa saya tak cenderung untuk mereka jadi artis,” katanya.