Shuib Alami Masalah Selera Makan Yang Teruk
Kini bergelar ibu dan bapa kepada empat cahaya matanya, pelawak Shuib Sepahtu mengakui dia berdepan masalah selera makan yang teruk.
Menurut Shuib, dia tiada selera makan hingga menyebabkan berat badan turun. Ujarnya lagi, apabila berpuasa kita sepatutnya lapar, namun dia tiada selera untuk makan.
BACA: “Setiap Kali Ramadan, Saya Akan Minta Sarah Masakkan Pajeri Nanas”
“Saya berdepan masalah selera makan yang teruk. Patutnya apabila berpuasa kita lapar, tapi saya tiada selera makan.
“Saya pun tak tahu kenapa perkara ini terjadi. Sebelum ini, memang ada masalah selera makan hingga menyebabkan saya turun berat badan. Harap lepas ambil suplemen kesihatan, saya akan kembali okey,” katanya.
Berkongsikan mengenai sambutan bulan Ramadan, Shuib berkata dia tidak berdepan kesukaran untuk mengejutkan anak-anaknya bangun sahur. Ujarnya lagi, anak-anak juga turut ringan tulang membantunya melakukan kerja rumah.
“Seminggu sebelum menyambut ketibaan Ramadan anak-anak sudah mula berasa teruja untuk menunaikan ibadah puasa.
“Alhamdulillah setakat ini saya tiada masalah untuk kejutkan mereka bangun sahur. Malah, mereka juga bersemangat nak bantu saya seperti mengemas rumah, teman saya ke pasar atau bazar Ramadan,” katanya.
Ditanya mengenai persediaan hari raya, Shuib berkata ianya lebih kepada anak-anak sempena meraikan kemenangan mereka berpuasa selama 30 hari. Bagaimanapun, Shuib berkata dia merancang untuk membawa anak-anak menyambut Ramadan di kampung.
“Kalau cakap fasal raya saya memang belum ada apa-apa perancangan. Kalau ada pun semuanya untuk anak-anak… sekadar nak raikan kemenangan mereka berpuasa selama 30 hari nanti.
“Tahun ini saya ada beritahu mereka untuk cuba menahan diri berpuasa selama 30 hari memandangkan tahun lalu ada satu atau dua hari yang mereka tinggal puasa.
“Perancangan nak beli baju raya anak-anak semua belum ada lagi. Tapi saya merancang untuk bawa anak menyambut Ramadan di kampung halaman kerana suasananya lebih berbeza dan seronok,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
Macam-macam benda dalam usaha nak tarik perhatian. Perangai macam budak tadika pulak Shuib ni.
Lepas ni meraban apa pulak? “Shuib semelit. Taik keras macam batu”
Ko ni pun hati hitam la papa rock. Ko pernah mati bini ke? Biar la shuib nak perhatian ke apa ke. Dia mmg famous.
Mak Jembok, Shuib ni memang famous. Sebagai “Penagih Simpati”. Bakat tak seberapa. Setakat bergantung dengan Siti Sarah aje.
Shuib ni muka tebal benar.
RotiKaya dah tak ada idea. Yang dok kerap sangat siar hal Shuib ni apa pasal?? bukan ada apa-apa keistimewaan pun.
Sekadar (1) Pelawak (tak lawak pun) yang telah kahwin dengan Siti Sarah (ada jugak nama) (2) Isteri meninggal dunia akibat covid. Semua orang bersimpati.
Tapi jadi meluat bila Shuib tak habis-habis dok cuba nak raih simpati lagi. Macam entitled pulak!
Kepada RotiKaya, CUKUP LAH dok siar hal Shuib ni.
Menjatuhkan kualiti post aje.