fbpx

Shuib, Siti Sarah & Anak-Anak Positif Covid-19

Sebentar tadi, menerusi satu perkongsian di Instagram, pelakon dan pelawak Shuib Sepahtu memaklumkan berita duka mereka sekeluarga disahkan positif Covid1-19.

Dalam entri tersebut, Shuib berkata mereka sekeluarga redha menerima ujian tersebut serta mengatakan pasti ada hikmah disebalik kejadian. Shuib turut memohon orang ramai mendoakan kesejahteraan keluarganya.

BACA: Siti Sarah Dedah Duit Hantaran Shuib RM15,000 Rupanya Hutang

Sementara itu, isterinya penyanyi Siti Sarah turut memuat naik kenyataan mengenai perkara itu dia menerima apa yang berlaku dengan hati terbuka serta meminta pengikutnya mendoakan mereka sekeluarga mengharungi tempoh kuarantin selama 14 hari ini.

“Assalamualaikum semua.. kami dah dapat dah keputusan swab test pagi ni.. Dukacita dimaklumkan, kami sekeluarga positive covid. Ini semua ketentuan Allah, kami menerima dengan hati terbuka dan blapang dada. Mohon semua doakan kami sekelurga mengharugi 14 hari ni,” tulisnya.

Semalam, Sarah berkongsikan video mereka sekeluarga menjalani calitan Covid-19 di rumah oleh petugas kesihatan selepas pembantu rumahnya disahkan positif virus berkenaan.