Seronok Naik Pelamin, Shuib Sepahtu Ingin Bersanding Lagi
Selepas bersanding buat pertama kalinya selepas enam tahun berumah tangga, Shuib Sepahtu nampaknya teringin untuk naik pelamin sekali lagi. Kali ini, Shuib menyuarakan hasratnya untuk bersanding pada ulangtahun perkahwinan mereka yang ke 12 iaitu enam tahun dari sekarang.
BACA: Sekitar Majlis Persandingan Shuib Sepahtu Dan Siti Sarah
“Majlis persandingan perkara yang seronok. Kalau kami buat majlis tersebut pada hari perkahwinan sebenar enam tahun dulu, kami tak rasa kepuasan seperti ini. Jadi tak salah kalau kami buat lagi. Kalau ada rezeki, ulang tahun yang ke-12 nanti saya nak bersanding lagi”
“Ini adalah cara saya untuk hangatkan hubungan cinta sebagai suami isteri. Tak salah rasanya untuk saya jemput saudara mara meraikannya dalam satu majlis seperti majlis perkahwinan. Sejujurnya apa yang saya lalui selepas bersanding sangat menyeronokkan. Rasa macam baru mula bercinta dan berkahwin,” katanya kepada m Star Online.
Biarpun ada sesetengah pihak memandang serong dengan hasrat pasangan ini yang asyik ingin bersanding, namun Shuib enggan mempedulikannya dan menganggap ianya sebagai cara untuk menyemarakkan lagi hubungan mereka. Dalam masa yang sama, Shuib memberitahu majlis persandingan dapat mengumpul kesemua adik beradik beliau dan Siti Sarah.
Terdahulu, Shuib dan Sarah telah melangsungkan majlis persandingan buat pertama kali selepas berkahwin enam tahun lalu. Majlis yang cukup meriah itu diadakan pada 26 Febuari lalu dan dihadiri oleh saudara mara kedua belah keluarga dan selebriti tanah air. (rtky/w)
Nasib baik kau kata 6 tahun akan datang.
Kalau kau kata tahun depan kau nak sanding lagi, memang aku anggap kau ni bangang
UBAN ATAS BAWAH..KO BAWAK BINI KO KEDAI TUDUNG LA…
mau naik palaminan lagi
kirain beneran
iya kah
Berapa kali daaa… Seronok la tu.. Bersanding.. Hihihii
untung shuib, isteri semakin cantik selepas 6 tahun kahwin. Moga hidup berharmoni hingga ke jannah. Pasangan selebriti yg secucuk dan saling memahami karier masing2.
sekali o k.
dua kali…ko gi K O.
Chef masam memang suka sangat mee goreng basah. Anak-anak pun suka juga.
Sebenarnya kalau nak buat mee goreng basah ni ada beberapa tips tau kalau nak dapat yang basah.
Pertamanya masak dalam sukatan yang sedikit, contoh untuk satu atau dua pinggan sahaja.
Keduanya kita kena cepat angkat mee setelah masak, jangan biarkan ia lama dalam kuali nanti haba dari dapur tu akan mengeringkannya
Ketiganya kena banyak letak air.
Tapi ita tak berapa suka mee goreng basah yang terlalu basah lencun.. sekadar basah kuyup aje dah ok dah pada selera ita.. kalau basah lencun sampai banjir dah jadi macam mee hailam pulak atau pun dah macam mee bandung. Ita suka mee basah yang tak nampak basah tapi bila makan.. slurppp.. aje dia lalu kat anak tekak ni..
Biasa ita kalau masak mee main campak-campak aje.. tak ada sukatan yang tepat. Sebab memasak ni biasanya kita kena pandai merasa.. sukatan terpulang pada selera dan citarasa.. kalau kita jenis yang suka pedas kita lebihkan cili.. bagi yang cuka berencah lebihkan bawang… kalau suka yang basah.. letak air tu lebih-lebih.. masak ikut selera kita dan keluarga.. Lainlah kalau kita nak buat kek.. sukatan kena betul dan tepat dalam timbangannya.. bahan pula harus yang segar dan dalam kualiti yang baik. Barulah kek jadi cantik dan gebu ye tak..?
Jom kita ke intai resepi
MEE GORENG BASAH
500 gm mee kuning ~ cuci bersih dan toskan
Taugeh secukupnya ~ di buang akar dan cuci kemudian toskan
Tauhu ~ goreng dan potong dadu
2 pokok sawi ~ di potong asingkan batang dan daun. Batang sawi ketuk dan potong 1 inc
6 ekor udang
200 gm daging ~ di rebus
air rebusan daging secukupnya
2 biji telur ~ di kocok
Daun sup dan daun bawang di hiris
Cili merah ~ di hiris untuk hiasan
Limau kasturi
Bahan Kisar
3 ulas bawang putih ~ di tumbuk
3 ulas bawang merah ~ di tumbuk
2 camca besar cili kering ~ kisar
Bahan Sos
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap manis
Panaskan minyak
Goreng tahu, angkat dan ketepikan
goreng telur sekejap aje, sambil kacau dan angkat masa 1/2 masak
Gorengkan udang sekejap aje dan angkat
panaskan semula minyak dan tumiskan bahan kisar hingga harum
Kemudian masukkan bahan sos satu persatu dan masak
Masukkan daging dan air rebusan daging
Air rebusan letak lebih-lebih untuk dapatkan mee yang basah. Jika kurang air boleh tambah air biasa
Masak hingga didih
Bila dah didih masukkan batang sawi dahulu
Kemudian masukkan mee
kacau mi rata-rata
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Kemudian masukkan telur, udang , tauhu, daun sawi dan taugeh
Tutup api dan terus keluarkan mi dari kuali dan letakkan dalam mangkuk
Taburkan hirisan daun bawang dan daun sup , bawang goreng, cili merah dan hirisan limau kasturi