Shuib Sebak Terima Video Solat Jenazah Ghaib Buat Siti Sarah Dari Masjidil Haram
Sejak semalam apa sahaja perkongsian mengenai pemergian penyanyi terkenal, Allahyarham Siti Sarah pasti membuatkan ramai sebak. Malah, ramai seolah tidak percaya arwah sudah pergi menghadap Ilahi.
Menerusi satu perkongsian sebentar tadi, pelawak Shuib Sepahtu meluahkan rasa syukur dan sebak apabila ada pihak yang sudi melakukan solat jenazah ghaib dari Masjidil Haram untuk isterinya.
BACA: “Sarah Belum Divaksin, Paru-Paru Penuh Dengan Virus Covid-19”
View this post on Instagram
Menurut Shuib, dia menerima satu kiriman video solat jenazah untuk Allahyarham isterinya yang diadakan di Masjidil Haram. Kata Shuib lagi, betapa Allah begitu menyayangi isterinya.
Perkongsian Shuib itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuk Ustaz Ebit Lew dan Ustaz Abdullah Khairi yang turut cemburu dengan kebaikan dilakukan Siti Sarah sehingga didoakan sampai ke Masjidil Haram.
Kenapa perlu cemburu..seharusnya bersyukur pemergian arwah byk menyentuh hati.
Saudara shuib..sekadar nk brtanya..statement bergembira la di syurga wahai bidadariku tu..saudara confident ke dia di syurga skg ni..risau pulak dgn puji pujian melambung smpai syurga pun da di confirmkan oleh manusia..
Well anti fatwa…I believe setiap kata tu adalah doa.
Cemburu di sini maksud nya cemburu kebaikan… bukan cemburu yg bersifat hasad dengki … wahai muahciked
Mot itu le yg sy maksudkan..kata la sy doakan bidadari sy ditempatkan di syurga..bkn bergembira la di syurga..kita x tau pun roh tu ada kat mana skg..
Anti fatwa, kalau kau meninggal, kau nak org doakan yg baik2 ke yg tak baik? Biarlah dia puji arwah bini dia, dia redha dgn permergiannye, arwah bini tak pernah derhaka dgn suami..insha Allah syurgalah tmpt dia..bersihkan hati sebelum risaukan org lain
Lol sy kata perkataan mendoakan tu kan lg baik digunakan..sy pun doakan dia sejak tau dia kena covid aritu..tp jgn le kita kata dia di syurga skg seolah2 kita nmpk pulak doa kat sana..sy just risau dgn perkataan yg saudara shuib gunakan
Tak de ilmu bertanya ye. Ibu yg melahirkan dan sekiranya ia meninggal selepas itu, ia mendapat Syahid. Ustaz pun dah confirm pi dengar ceramah jgn cakap yg bukan2 kalau tk tahu
Berkatalah yg baik2 agar yg baik juga kita perolehi..insyaAllah.
Let him be lah. People grieve in different ways. Kesiankan Shuib dan anak-anaknya.
janji Allah utk perempuan yg mati ketika melahirkan. tu basic doh. janji Allah, nak lawan siapa lagi. bukan janji melayu