“Sarah Belum Divaksin, Paru-Paru Penuh Dengan Virus Covid-19”
Menerusi IG Live petang tadi, Shuib berkata keluarganya positif Covid-19 bermula dengan pembantu rumah mereka yang terlebih dahulu dijangkiti wabak tersebut.
Shuib juga memaklumkan arwah isterinya belum menerima suntikan vaksin dan doktor memberitahu paru-paru Siti Sarah dipenuhi dengan Covid-19 sehingga menjejaskan organ lain.
BACA: “Banyak Kebaikan Dibuat Siti Sarah Dalam Senyap, Duit Bulanan Diguna Untuk Sedekah”
Dalam perkongsian itu, Shuib juga berkata ada seorang petugas kesihatan memberi pesanan kepadanya berkenaan dengan vaksin ketika dia di hospital untuk melakukan pengecaman mayat.
Shuib turut berpesan kepada orang ramai supaya mengambil vaksin kerana ia mampu memberi pelindungan daripada wabak tersebut. Ujarnya, jika banyak wang sekalipun tiada guna jika diserang Covid-19.
“Mereka menasihati ambillah vaksin. Kita semua kena jaga kesihatan, jaga SOP dan jangan hendak ke sana sini. Bagi yang ada duit lebih, melaburlah untuk beli vitamin.
“Hospital swasta semua penuh. Ketika tu duit banyak pun tak guna…isteri saya tak akan kembali,” katanya.
Dalam pada itu, Shuib turut menekankan untuk menjaga kesihatan dan mendapatkan oximeter oksigen bagi memastikan oksigen dalam badan tidak menurun.
Ujarnya, kealpaannya serta mengambil ringan tentang bacaan oksigen Sarah ketika kuarantin dirumah membuatkan dia kehilangan bidadarinya itu buat selamanya.
- SUMBER
- malaysia Gazette
- ohmymedia
saya turut bersedih dengan kehilangan bidadari syurga En Shuib. Kita jaga kita, pantau kesihatan diri
Terima kasih shuib.. bukan senang nk bercakap lps kehilangan,tp shuib sanggup buat live utk bagi kesedaran vaksin pada org lain.. sy percaya, Allah akn beri ganjaran setimpal buat awak.. semoga Allah permudahkan urusan shuib dan anak2..
Takziah, semoga Shuib kuat menerima dugaan ini dgn tabah…kesian. Dah masanya…Tak boleh digambarkan perasaan itu, especially kalau pasangan baik sangat2, layan kita dgn penuh kasih sayang, hormat pada kita, pandai ambik hati…pasti rindu itu semua…insan yang baik Tuhan sayang. Pengorbanan seorang ibu, sanggup dia kasi ok pada doctor janji anak dapat diselamatkan…Semoga baby Ayash Affan cepat sihat, membesar dgn baik, menjadi anak yg soleh berhati baik mcm ibumu…Aamiin. Semoga Shuib diberi kekuatan menjalani tanggung jawab dpt membesarkan anak2 dgn baik…Aamiin. So sad…
Kita dapat pengajaran di sini supaya sentiasa mengingati Allah Swt, ramai terkesan dgn pemergian Siti Sarah, dan Ramai lagi yang telah pergi buat selamanya. Jadi yang masih hidup, Kita mesti Ingat pada Allah, dunia ni, hanya tempat sementara, untuk kita di uji. Semoga ummat Islam berjaya dgn ujian yang kita hadapi dan di beri Jannatul Firdaus.
Covid ni, ada baiknye, ia membawa keinsafan pada kita. InshaAllah akan habis selepas kita ubah diri Kita. Allah swt tak kan ubah sesuatu selagi kita semua tidak berubah ke jalan nya. Mari lah, kembali lah semua ke jalan yang lurus. Oh Allah maafkan kami semua, hapuskan lah covid dan bimbing kami semua ke jalan yang lurus, dan matikan dalam Islam! Jauh kan Kami dari akan kubur dan neraka Ameen!
“And We will surely test you with something of fear and hunger and a loss of wealth and lives and fruits, but give good tidings to the patient.” (Quran 2:155)
Harta kekayaan x blh bw mati..hnya amal baik jd bekaln disana nnti..
Ye la duit bnyk kalau sakit yg mcm covid ni g private pun x guna gak..sama je treatmentnya dgn gov hspital…