fbpx

Shuib Mohon Padam Gambar, Video Arwah Isteri Tak Tutup Aurat

Selepas seminggu pemergian Allahyarham Siti Sarah, pelawak Shuib Sepahtu memohon kepada orang ramai tidak mengeluarkan foto atau video isterinya tidak menutup aurat dengan sempurna.

Menerusi satu perkongsian di IG, Shuib turut meminta orang ramai tidak berkongsikan hal kebaikan yang dilakukan arwah isterinya secara berlebihan. Dalam kesempatan itu juga, Shuib turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sentiasa mendoakan buat biadarinya itu.

BACA: Shuib Terkejut Beribu Produk Arwah Siti Sarah Terjual

“Assalammualaikum semua, saya ucapkan jutaan terima kasih pada semua yang mendoakan Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin, bidadari syurga saya.

“Tapi saya ada permintaan, di mana saya mohon pada semua untuk tidak mengeluarkan lagi gambar atau video arwah yang tidak menutup auratnya dengan sempurna.

“Saya juga mohon pada yang termuat naik di media sosial untuk keluarkan kembali video atau gambar tersebut. Dan saya juga mohon untuk tidak menceritakan kebaikan Allahyarhamah secara berlebih lebihan,” tulisnya.

Pada Isnin lalu, Allahyarham Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir [ada jam 5.13 pagi di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat Covid-19.