Shuib Mohon Henti Sebar Rakaman Suara Keadaan Siti Sarah
Menerusi satu perkongsian sebentar tadi, pelawak Shuib Sepahtu menyeru orang ramai supaya berhenti berkongsikan rakaman audio mengenai keadaan isterinya, Siti Sarah yang dikhabarkan sedang kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Dalam entri tersebut, Shuib turut menjelaskan rakaman audio tular itu bukan keadaan terkini mengenai isterinya tetapi apa yang berlaku Jumaat lalu.
BACA: “Saya Dah Rasa Takda Harapan Tapi Allah Bagi Keajaiban”
“Berkenaan ‘voice note’ yang viral (tular) mengenai Siti Sarah, itu adalah keadaannya pada hari Jumaat, 6 Ogos lalu.
“Jadi saya mohon tolong hentikan kongsi dan padam rakaman audio itu di mana-mana platform media sosial,” katanya.
Menurut Shuib lagi, keadaan isterinya masih lagi sama dan sedang ditidurkan serta memohon orang ramai terus menitipkan doa buat Siti Sarah.
“Keadaan terkini Sarah masih lagi sedang ditidurkan dan saya mohon terus mendoakan Sarah diberi kekuatan dan kesembuhan. Saya juga mendoakan kepada semua agar dilindungi, diberkati dan dirahmati Allah SWT,” katanya.
Terdahulu, tular rakaman audio mengenai keadaan Siti Sarah yang dilaporkan sudah tiada harapan selepas dimaklumkan oleh doktor yang merawat penyanyi berkenaan.
- SUMBER
- Harian Metro
Ya Allah sampai 40 mmg kritikal sgt la patut dr kata tkde harapan.mujurla naik balik.mmg miracle betul.harap tkde effect bahaya la kat dia bila sedar nnti sbb turun sgt oksigennye.
Kadg pk jahat perangai netizen ni.korang suka viral org tkde harapan bagai.nk bersorak ke ape.sape la kakitangn hosp yg g sebar tu.rasa nk lepuk kepala .sempat membawang.org tgh sedih korang lagi tambah laparnak viral je.semoga shuib tabah.
Dah dengar di mana?
Nyampah betul org yg viral2 ni. Sibok share dlm FB. Benda berfaedah tak pulak mau share lepas tu komen2 cam haram jay!
Byk dah tua tpi perangai cam anat.
Tu kes hari Jumaat punya cerite ….ya allah knp la korang ni ha suka jd reporter x bergaji.
semoga siti sarah sedar semula dan yg lain2 juga yg sedang bertarung nyawa kt icu
amin.