fbpx

“Saya Dah Rasa Takda Harapan Tapi Allah Bagi Keajaiban”

Petang semalam, pelawak Shuib Sepahtu berkongsikan keadaan isterinya, Siti Sarah mula stabil apabila paras oksigen menunjukkan perkembangan yang baik meskipun belum sedarkan diri lagi.

Shuib berkata pada mulanya dia hampir putus asa jika sesuatu yang buruk berlaku apabila oksigen Sarah turun, namun kuasa Yang Maha Esa, oksigen Sarah kembali naik.

BACA: “Sarah Sudah Ditiarapkan, Ada Sedikit Darah Beku Di Paru-Paru”

“Pukul 7.45 malam Jumaat lalu, oksigen Sarah jatuh sampai 69, masa tu saya rasa macam tiada nyawa dah. Kemudian pukul 11.10 malam doktor hubungi maklumkan keadaan Sarah sangat kritikal, oksigen turun sampai 40…lagi la saya langsung tak boleh fikir apa-apa, tak tahu apa nak buat.

“Tapi apabila Allah memberikan rahmatnya kepada hamba-hamba yang memerlukan dan orang ramai mendoakan Sarah, maka berlaku keajaiban apabila oksigen Sarah naik hingga 77,” katanya.

Shuiob berkata ujian yang dilaluinya mengajarnya erti reda, yakin terhadap doa dan tawakal kepada Allah. Ujarnya, keajaiban yang Allah berikan kita tidak pernah jangka.

Semalam, Shuib memaklumkan isterinya sudah ditiarapkan dengan paru-paru boleh kembali normal dan bekalkan oksigen dalam badan.Menurut Shuib lagi, doktor juga memberitahu ada sedikit darah beku di paru-paru isterinya.