fbpx

Shuib Jadi Penyanyi Pula, Bakal Lancar Lagu

Berlakon sudah, berniaga pun sudah, nampaknya pelakon dan pelawak Shuib Sepahtu terjun ke bidang baru apabila bakal bergelar penyanyi pula. Shuib juga bakal tampil dengan single pertamanya berjudul Sampai Tua.

Menurut Shuib, lagu singlenya itu akan dirakam dan dilancarkan tidak lama lagu. Lebih menarik, lagu tersebut bakal dinyanyikan uet bersama isterinya, Siti Sarah.

BACA: Netizen Kurang Senang Siti Sarah Pakaikan Kasut Shuib?

“Lagu ini asalnya saya dengar sebelum berkahwin lagi, memang melodi dan liriknya sedap didengar. Seperti tahun 1950-an!

“Kemudian baru-baru ini saya teringat balik lagu itu dan menghubungi Aidit Alfian. Syukurlah lagu itu masih ada dan kami berjumpa kemudian bersetuju untuk menghasilkan lagu itu.

“Setakat ini lagu itu belum dirakamkan lagi dan Aidit akan menyusun semula melodi itu,” katanya.

Tak sabar pula nak dengar lagu gandingan pasangan suami isteri ini. Rasanya ramai yang tak tahu lagu Semakin nyanyian Siti Sarah adalah ciptaan Shuib sendiri.