Shuib Hadiahkan Siti Sarah Jam Tangan Harga Puluhan Ribu Ringgit
Sempena ulang tahun kelahiran Siti Sarah yang ke-36 hari ini, Shuib Sepahtu membuat kejutan istimewa malam semalam serta menghadiahkan isteri tersayang seutas jam tangan jenama mewah bernilai puluhan ribu ringgit.
Menurut Sarah, dia mengakui jam tangan mewah jenama Rolex itu antara hadiah paling mahal pernah diberi oleh suami. Ujarnya lagi, dia perlu belajar menyarung jam tangan mulai sekarang kerana dia tidak suka memakai aksesori.
BACA: Siti Sarah Jumpa Wakil Orang Asli Untuk Mohon Maaf
“Saya hargai pemberian suami. Jika hendak diikutkan, saya bukan jenis materialistik. Kalau orang tak suruh beli atau belikan untuk saya, memang tidaklah saya berbuat demikian.
“Setakat ini, tas tangan berjenama antara yang saya beli untuk ganjaran selepas bekerja keras. Saya bukan suka pakai aksesori termasuk jam tangan sejak zaman sekolah. Tetapi sekarang, kenalah mula pakai jam tangan,” katanya kepada BH Online.
Dalam pada itu, Shuib berkata dia mempunyai alasan kukuh menghadiahkan jam tangan mewah kepada isterinya. Ujarnya lagi, hadiah itu juga adalah ganjaran untuk isterinya di atas peniagaan yang dijalankannya yang semakin membuahkan hasil.
“Sebelum ini, saya paksa isteri pakai gelang emas biarpun tahu dia tidak suka aksesori. Sekarang saya hadiahkan jam tangan supaya dia boleh aturkan masa dengan baik.
“Apatah lagi, isteri cemerlang dalam perniagaan kecantikannya. Jika diikutkan, tahun lalu, syarikatnya hampir gulung tikar,” katanya.
- SUMBER
- BH Online
Jam mahal ke murah still jam ikut waktu jugak. 5 waktu jgn kita lalai leka sudah, itu yang wajib dan paling penting dalam kehidupan kita. Tak guna kalau jam beratus ribu tapi 5 waktu yang wajib tak dilaksanakan. Sama2 lah kita ambil iktibar. Peace.
YALAHHHHH DAH KAYO.. TIME NI LAH TUNJUK RIAKKKK…
DULU SUSAH PAKAI JAM MICKEY MOUSE PUN TAK NAK TUNJUKKANNN…?
KALO SETAKAT NAK ATURKAN MASA.. TENGOK JAM DINDING ATAU JAM PAT HP PUN BOLEH DOKKKKK…
YA LAH REZEKI MASING2.. DIAM2 SUDAHHHH TAK YAH BAGI TAHU SATU MALAYAAA…
OOOOOPS!
aku bangga org melayu kaya..hrp bertmbh2 lagi yg jdi kaya2, yg berniaga di tepi2 jalan skrg mcm nasi lemak, mangga asam boi, keria gula hangus, donut…bom2…etc, saya harap anda ada kedai suatu hari nanti, penuhkan lot2 kedai atas nama org melayu..aku ckp benar wei…, nnti suatu hari nk tayang aku tumpang gmbira..,
Cam mn ni..nk kt apa ni..nk kata riak kang salah..nk kt ngada salah jg..nk kt xde keje salah gak..dh tu nk kt apa ye..oo ckplh alhamdulillah..rezeki dia..alhamdulillah
Nak ngajar manusia2 bongkak yang suka berabis duit dgn benda takde faeadah dgn support produk kafir….boikot jer bisness nya…baru ko cari jam kat pasar pudu pon rasa mahal nak beli walau rm50…nak hargai masa no need jam puluh ribu..
Dah start dah berita dioranggg je penuh dengan belanja itu mahal ini.
tahniah yg pergi ke kedai mereka … support la lagi korang mkin kaya kann?!
woww mula la tu menunjuk kat socmed beli barang branded, jap lagi mintak bantuan katanya artis pun rakyat malaysia serba memerlukan … padahal
Diorg kaya byr zakat konsisten. Korg?
Okay la dia ada byr zakat dan sebagai entreprenur ni dia dpt bntu ramai org lain mndpt pkerjaan. That is all good.
Aku okay je bab suib dah kaya dan ada wang spend beli jam mahal bg kat bini tu . Bkn dia bg kat mistress atau org lain.
Better la drpd sesetengah jantan melayu bila dah kaya, mnggatal pasang mistress atau pasang cawangan baru yg kebanyakannya jauh lebih muda dan biasanya lebih sexy.
Korang jemah sekelian, take it positively ok.
Masa ku skolah Dulu2… Budak Load pakai Baby G… Jam Mickey Mouse pun kategori mewah.. Telah budak skolah… Oppss tertiber
Puui lah. . .puluhan ribu taruh kt tangang. . .org susah2 nk dptkan ribu bg makan anak2 . .byr loan motor. . . .! Dh tu ko nk mohon bantuan kerajaan. Dasar tk sedar diri . .lupa hidung dulu mcm mana ke?
bkn dia ni ke yg kata artis pun layak dpt bantuan covid haritu? sori terkomen bodoh plak
ok la tu ingt bini.. yg lain nk jeles..