fbpx

Baru-baru ini, Shuib Sepahtu ada memuat naik perkongsian meluahkan rasa gembira dapat menunaikan hajat isterinya, Allahyarhamah Siti Sarah.

Shuib berkata dia berjaya merealisasikan impian arwah Sarah untuk membina dua buah rumah baru buat keluarga yang terkesan akibat musibah kebakaran yang berlaku di Bachok, Kelantan pada Febuari tahun lalu.

BACA: Jadi Bapa & Ibu, Netizen Sebak Tengok Shuib Hantar Anak Ke Sekolah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Menurut Shuib, ketika musibah itu berlaku, arwah isterinya antara individu yang paling bersemangat untuk membantu keluarga-keluarga hilang tempat berteduh.

Menerusi entri itu, Shuib turut berkongsikan klip video lama memaparkan dirinya dan arwah Sarah menziarahi tapak perumahan yang musnah dijilat api.

Perkongsian Shuib itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut tumpang gembira serta mendoakan agar Shuib terus dimurahkan rezeki.

Terdahulu, insiden kebakaran tersebut telah berlaku di Kampung Alor Bakat, Bachok, Kelantan sehingga menyebabkan dua buah keluarga hanga tinggal sehelai sepinggang.