Jadi Bapa & Ibu, Netizen Sebak Tengok Shuib Hantar Anak Ke Sekolah
Selepas pemergian isteri tercinta, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada Ogos lalu, Shuib Sepahtu kini memegang tanggungjawab sebagai bapa dan juga ibu buat keempat-empat anaknya.
Pagi tadi perkongsian Shuib menjadi perhatian ramai apabila berkongsikan video menghantar anak-anaknya ke sekolah pada hari pertama.
BACA: Shuib Pening Nak Jawab Bila Anak Tanya Baby Datang Dari Mana
View this post on Instagram
Menerusi video itu, Shuib menghantar anak perempuannya Dzahira Talita Zahra dan anak ketiganya, Ariq Matin. Shuib sempat memeluk anak-anaknya sebelum mereka masuk ke kelas.
Turut menarik perhatian kapsyen yang ditulis oleh Shuib pada perkongsian video itu yang membuatkan netizen tersentuh.
Diruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak serta mendoakan agar urusan Shuib dipermudahkan serta sentiasa kuat demi anak-anaknya.
Dalam pada itu, netizen turut mendoakan agar anak-anak Shuib dan arwah Sarah menjadi pelajar cemerlang dan akan berbakti kepada bapa mereka.
sudah sudahla nanti dari kesian jadi kecaman Netizen cepat beruah mcm cuaca tropika
Kenapa nk kesian err..ramai lgi org perempuan di luar sana yg susah jadi ibu tunggal menyara ank2 yg ramai..hishhj…ank elok berhihab bapa brseluar pendek..tu camna??
ramai je lg susah ibu/bapa tunggal kat luar sini
semua benda dijadikan content..alahai
Modal paling murah dan mudah, tagih simpati…
DSV, Kebal terpaksa keluo modal besar utk buat kontent di socmed utk kekal relevan jd perhatian kt socmed. Ada org guna isu2 peribadi utk jd viral, Sajat sampai jd pelarian ke ostolia sbb ghairah sngt nk jd trending di socmed. Zul Ariporn, Erma Fatima sampai nk kena dakwa (kes dah bawa ke peguam negara kata ketua polis) utk tarik rating. Mcm2 cara org buat utk stay relevan dan terus jd sebutan di media social. Termasuk guna elemen simpati dan empati mcm Shuib buat ni…
Normal la nie
Sukar sekali nak jumpa lelaki yg kematian isteri menghantar anak kesekolah pd hari pertama. Kebanyakan lelaki akan mintak jiran atau food rider hantar anak mrk kesekolah pd hari pertama persekolahan. Syabas shuib.
Betul ..aku food panda hantar anak Aku ….esok Guna grab pulak ….tahniah shuib …
Go mana mana pun bawa cameraman ke?
ye la kau sorang je bapak tunggal dekat malaysia ni ebbbb
LebitEw: Area aku ni suami yang kematian isteri byk pakai ninjavan dengan j&t hantar anak ke sekolah hari pertama.
Kdang2 nyampah lak aku nengok sipendek nie! Ckup² la bkn nko seorg jer yg binik ninggal! Ghamai ajer, kiranya nko syukur tau! Ada org tu lgi ssah dri nko tau!! Nko nie mcm BATAK LIJE! giler perhatian
ada ke org hari pertama anak sekolah suruh jiran hantar kan?
giler ke apa….hahaha..aiyakkkkkk
Fatin, ko ni slo sangatlah. Macam nilah bg ko paham. Hari pertama sekolah sumer ibubapa yg mati isteri ke isteri tak mati ke memang hantar sendiri anak ke sekolah. Itu adalah perkara biasa. Jadi yg shuib buat tu perkara biasa dalam 10 orang 12 buat begitu. Tak de hebatnya. Pasal jiran dan rider tu aku perli lah. Haiisshh…mcm budak blum masuk tadika kemas.
?