Shuib Dedah Mandikan Arwah Siti Sarah Selama 3 Bulan Setiap Hari
Shuib Sepahtu berkongsikan selama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama tiga bulan merupakan kenangan manis buat dirinya kerana diberi kesempatan berkasih sayang dengan Allahyarham Siti Sarah.
Menurut Shuib, perkara paling dikenang adalah sikap manja arwah isterinya dimana dia memandikan Sarah setiap hari apatah lagi arwah sedang hamil ketika itu.
BACA: “Aku Faham Perasaan Shuib, Tapi Belum Tentu Aku Boleh Hadap”
“Allahukabar masa tiga bulan PKP tak keluar bekerja, saya ada kerja sendiri iaitu mandikan Sarah setiap hari. Dia kan tengah hamil anak kami waktu itu.
“Kalau ditanya kenapa belum mandi, dia akan cakap sebab saya belum mandikan. Bayangkan setiap hari saya mandikan dia dan baru saya tahu kenapa perempuan mandi lama. Sabun lain, scrub lain, Allahuakbar,” katanya.
Kata Shuib lagi, dia meluahkan rasa syukur kerana sepanjang tiga bulan itu mereka banyak melakukan aktiviti bersama dan sangat bahagia.
“Alhamdulillah 11 tahun dia pinjamkan, saya sangat bahagia, masa PKP tu 3 bulan kami bersama, lakukan semua aktiviti semua bersama sama, Allahuakbar,” katanya.
Berkongsikan perkara itu ketika sesi badaan Yasin melalui aplikasi Zoom, Shuib berkongsikan selain memandikan isterinya dia turut menjadi tukang urut bidadarinya itu.
“Kena urut dia sampai dua jam. Dua jam okay. Nasib baik sambil urut saya boleh layan tengok Netflix,” katanya.
- SUMBER
- Astro Gempak
SubhanaAllah…walau jasad telah tiada, walau alam telah terpisah, namun semua memori yg indah, kan tetap HIDUP DALAM JIWA..
Bersyukur kerana semasa hidup bersama saling menyayangi, mengasihi dan menyintai pasangan sepenuh hati..tiada rasa kesalan, hanya RINDU MENGUNUNG YANG TIADA PENGHUJUNG..
Hanya iman dan taqwa sbg penawar..
Bertabah..perjalanan masih perlu diteruskan..
Hmmm tak habis2 lagi. Setahun lagi kawen baru. Buat anak lagi selori. Melayu. Lol.
Simpanlah segala kenangan dalam2 dan abadi. Cukup semuanya hanya antara kau dgn dia, keluarga, dan Allah. Redha dan ikhlas sedalam2nya. Semuanya kerana Allah, utk Allah.
Biarlah Shuib nk mngenang momen2 brsama arwah isterinya. Tntang jodoh…hya Allah yg tahu bila dn di mana. Kita fikir yg baik2, doa yg baik2 dn ckp yg baik2 shj…moga yg baik2 brbalik pd kita pula :)
Sudah2 lah… Terlalu byk mengenang, bimbang hati jadi lemah. Sdgkn kita semua perlukan kekuatan utk menghadapi pelbagai cabaran dan ujian hidup di hadapan.
sedihhh nya…. seperti arwah tahu yg dia akan “pulang” utk selamanya di syurga abadi menghadap Sang Pencipta dengan cara terindah dlm meninggal karena mati syahid.. Hebat & mulia sungguh arwah Siti Sarah Bt. Raisuddin.. Salam Takziah buat Shuib, Anak3 & Kelurga….
Jadikan pedoman, pengajaran & keinsafan buat kita semua…
Let him be lah. People grieve in different ways. Please be kind. Kesiankan Shuib dan anak-anak arwah.
Let him be lah. People grieve in different ways. Please be kind. Kesian Shuib dan anak-anak arwah.
REDHA… InsyaAllah.
Simpan memori abadi.
Kuat hati, kuat iman.
X yah lh sampai nk cite bab mandi2 tu…simpan sendiri je..maruah arwah tu…nnti org blh bayangkn bukan2 pulak..alfatihah..
Sudah2 ler tu… Simpan sendiri sudah. Over pulak. Nak meratap hanya pd Allah. Bkn cter dlm kain pun nak canang.
Ntah..mentang2 org tgh bg perhatian..abis sume citer nk dikluarkan..bebaik org simpati trus jd boring..
Mmg betul..
Teringat yrs ago…Kira2 beberapa bln sebelum arwah ibuku meninggal dunia (Umur 60)..mmg ayah mandikan ibu tiap kali, potongkan rambut semua, ibu sgt bahagia senyum jer.. kerna lyann ayah sehingga akhirnya. Ibu mmg taat pd ayah.
. Adik beradik mmg akan cite hal ni sbg kenangan dan ajaran Kita semua.
Ni aku kurang setuju skitla share pasal ni.mungkin dia terlalu rindu kn arwah.tp pertama hal mndikan ni tkut org terimagine bende mcm2.. nmpak agak tk sesuai diceritakn umum.kedua akn mengundang ada yg cemburu and started to question.bukan besar sgt pun jasa isteri selama ni nk dibandingkn dgn pasangan lain yg struggle isteri berkorban sampai tkpernah ada waktu rehat..dia mmg hidup mewah maid jaga ank.suami sediakan lagi mcm puteri.
So itu je nak tegur.semoga lebih berhati2 dgn content di media ni sbb tersalah bicara ramai yg akn salah anggap.maaf klu salah
mksud dia mndi kn tu bukn ape… moment yg dia dpt.. sblm arwah pergi.. dia dpt peluang merapat kn diri dgn isterinya… xde la ralat sgt nnti .. kite msti akn myesal sbb 100 x dpr lakukan benda yg terbaik untk psgan kite..
Share sikit2 la…slowly…baru lagi..fokus pd doa2 arwah dn anak2…
Cukuplah RK ni pun. Byk lg cerita yg lg sedih yg dialami marhaen. Dlm tempoh pandemik yg mncabar ni jgn lah hnya nk fokus cerita hiburan, artis, sebaliknya main peranan byk up info, ilmu penting dan cerita org biasa yg boleh mendidik pembaca. Mungkin ini akan lari drp objektif RK. Tapi inilah ilmu dan amal jariah RK. Contohilah RareTv yg byk mendedahkan cerita yg mencerdikkan bangsa. Usaha spt Raretv patut disokong oleh portal lain, menyiarkan ilmu yg menajamkam minda pada zaman yg mncabar ni, fasa permulaan akhir zaman.
wow hebat shuib dan sarah berkasih sayang. Benda yang baik kita ikut .. insyallah …
Yg aku nmpak kat sini yg paling patut diberi pujian bukan arwah isteri.tp shuib.sbb dia yg melayan isteri bak puteri .semua cukup.tkde cacat cela.besar pahala shuib.nk cite pengorbanan isteri rasa mcm tkdela isteri dia buat kerja berat mne pun.masak pun tme video tu je.lain2 maid buat.mandi pun suami yg buat.huhu.mmg serius shuibmmg baik.